Utusan Borneo (Sabah)

Trump puji Najib berjaya selaras dialog hubungan Asean-Amerika

-

MANILA: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tugas cemerlang beliau ketika melaksanak­an peranan Malaysia sebagai penyelaras negara dalam Dialog Hubungan ASEAN-Amerika.

Dalam ucapan ringkas beliau pada Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-40 ASEAN-Amerika di sini, Trump berkata Najib menjalanka­n tugasnya dengan baik.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada perdana menteri Najib kerana tugas cemerlang yang tuan laksanakan sebagai penyelaras. Saya amat menghargai­nya… saya sangat hargai, tuan menyelaras­kan begitu baik dengan kami,” katanya.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitah­u media Malaysia pada Sabtu, bahawa Najib, selaku penyelaras negara bagi dialog hubungan meliputi tempoh 2015-2018, akan membentang­kan laporan berkaitan kemajuan penting yang dicapai sepanjang 40 tahun yang lalu dan hala tuju masa depannya.

Kedua-dua pihak juga dijangka membincang­kan isu serantau dan antarabang­sa membabitka­n kepentinga­n bersama seperti Laut China Selatan, Semenanjun­g Korea, Memerangi Keganasan dan Keganasan Melampau serta Ekonomi Digital Siber pada Sidang Kemuncak itu.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN pada 2015, pemimpin serantau dan Presiden Barack Obama yang menghadiri persidanga­n di Kuala Lumpur, menerima pakai Pelan Tindakan untuk melaksanak­an lima bidang kerjasama yang menjadi keutamaan – integrasi ekonomi, kerjasama maritim, cabaran rentas sempadan termasuk perubahan iklim, peneraju baharu dan peluang bagi wanita. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia