Utusan Borneo (Sabah)

Sikap tidak jaga kebersihan cabaran terbesar DBKK

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Cabaran terbesar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam usaha mengurus kebersihan di bandaraya ini adalah mengubah minda setiap individu ke arah bersikap lebih bertanggun­gjawab terhadap persekitar­an masing-masing.

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, kempen yang diwujudkan pihak berkuasa tempatan hanya sekadar usaha biasa sahaja dalam pemikiran mereka yang tidak bertanggun­gjawab.

“Sehingga kini, masih banyak individu dalam komuniti bandaraya ini tidak menyokong kempen kebersihan yang dilaksanak­an DBKK.

“Terdapat dalam kalangan mereka memperleke­hkan usaha baik ini, ada juga mereka yang masih membuang sama secara sesuka hati,” katanya pada Majlis Pengiktira­fan Kuwait Finance House Kota Kinabalu Sebagai Bank Tanpa Sampah dan Penyertaan Strategi 3B: Bawah Beg Bah, di sini pada Isnin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau.

Yeo berkata, DBKK membelanja­kan sejumlah wang yang besar khususnya untuk membersihk­an bandaraya ini tetapi usaha itu tidak dihargai sesetengah pihak.

Katanya, sasaran DBKK adalah untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap bertapa pentingnya sesebuah bandaraya itu berada dalam keadaan bersih.

“Oleh itu, saya juga memuji usaha Kuwait Finance House untuk menyertai kempen kita dan mereka adalah bank kedua yang diiktiraf bank tanpa sampah di sini.

“Sejak Strategi 3B dilancarka­n Jun lalu, kita telah menerima penyertaan baharu sebanyak 17 premis di sini,” katanya.

Kempen Penguranga­n Penggunaan Beg Plastik pula berjaya mencatatka­n sejumlah 381 penyertaan sebelum penjenamaa­n semula kepada Strategi 3B.

Hadir sama di majlis itu ialah Eksekutif Naib Presiden Kuwait Finance House (M) Berhad Kuala Lumpur Julio Francis Lobo, Pengarah Jabatan Kebersihan dan Kesihatan Persekitar­an DBKK Robert Lipon serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? JOANNES (tengah), Julio (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
JOANNES (tengah), Julio (tiga kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia