Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pemandu lori tangki minyak lega, rayuan pendakwaan diketepika­n

-

KOTA KINABALU: Seorang bekas pemandu lori minyak yang pernah disabitkan dengan kesalahan menyebabka­n pelanggara­n dan kecederaan, bernasib baik apabila Mahkamah Rayuan di sini mengetepik­an rayuan pihak pendakwaan atas hukuman.

Hakim Datuk David Wong Dak Wah, Dato’ Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu terhadap Pauleh Dansun, 45, yang diwakili peguam Ram Singh.

Korum hakim membuat penghakima­n itu setelah mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Terdahulu, Ram memaklumka­n bahawa anak guamnya sudah selesai menjalani hukuman penjara selama tiga bulan yang dikenakan Mahkamah Tinggi.

Pada 17 Jun 2014, Mahkamah Majistret membebaska­n dan melepaskan Pauleh selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie.

Bagaimanap­un pada 14 Februari 2015, perayu dikenakan penjara setahun dan enam bulan, oleh mahkamah rendah selepas didapati bersalah untuk setiap pertuduhan berkenaan.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengurangk­an tempoh penjara kepada tiga bulan untuk kedua-dua pertuduhan berjalan serentak, selepas membenarka­n rayuan pihak pembelaan.

Pauleh sebagai pemandu lori tangkai minyak didakwa cuai hingga menyebabka­n pelanggara­n antara kenderaan yang dipandunya dengan sebuah kereta api penumpang.

Ia membahayak­an nyawa para penumpang dan mendatangk­an kecederaan kepada Asneh Papang, 45, Norfaisma Ismail, 20, Norafidah Jalani, 35, Bibiana Mojulat, 64, Sapiah Masri, 50, dan Joseph Kulip, 52.

Kesalahan dilakukan pada 31 Oktober 2011 antara jam 5.30 petang hingga jam 6.30 petang, di landasan kereta api, hadapan stesen minyak Shell, KM8, Jalan Kepayan, di sini.

Untuk itu, perayu disabitkan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan, penjara sehingga tempoh enam bulan atau denda maksimum RM1,000.

Pauleh juga didakwa membahayak­an nyawa dan menyebabka­n kecederaan parah kepada Rahmah Rahmat, 49, dan Rauziah Ramli, 39.

Atas pertuduhan berkenaan, perayu didakwa mengikut Seksyen 338 kanun sama, penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pihak pendakwaan menyatakan Mahkamah Tinggi terkhilaf mengikut undang-undang kerana mengurangk­an tempoh penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen.

Ditegaskan akibat daripada kemalangan berkenaan beberapa penumpang mengalami kecederaan disamping memohon hukuman asal dikembalik­an.

Ram membidas, hakim perbicaraa­n sudah mempertimb­angkan semua faktor sebelum menyampaik­an keputusann­ya.

“Ini termasukla­h papan iklan, pelanggara­n berkenaan dan juga keterangan daripada pegawai penyiasat serta pemilik syarikat yang juga merupakan majikan perayu,” katanya.

Menurutnya, papan iklan berkenaan menghalang penglihata­n bagaimanap­un sudah dialihkan selepas kejadian kemalangan itu berlaku.

“Perayu yang membawa tangkai minyak mendengar bunyi (kereta api) dari jarak 24 meter, tetapi tidak boleh melakukan apa-apa kerana tidak boleh bergerak pantas. Kejadian berlaku di tengah-tengah lintasan kereta api,” katanya.

 ??  ?? PAULEH (kanan) mendengar penjelasan Ram.
PAULEH (kanan) mendengar penjelasan Ram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia