Utusan Borneo (Sabah)

Program bersama masyarakat bantu mahasiswa matang

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Program mahasiswa bersama masyarakat penting dalam menjadikan mahasiswa lebih matang dan dinamik.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Rona l d Kian d e e berkata menerusi program sedemikian, mahasiswa akan didedah keadaan sebenar di luar kampus terutama menyesuaik­an diri dalam masyarakat.

Katanya mahasiswa perlu peka dan mengikuti isu-isu melibatkan masyarakat yang berlaku di luar kampus.

“Ini juga penting sebagai persediaan mereka dalam menghadapi dunia kerjaya yang mencabar selepas menamatkan pengajian mereka di kampus.

“Mereka perlu perlengkap­kan diri dengan dunia kerjaya yang lebih mencabar dan bersaing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Komuniti Kerja Sosial 2017 ‘Silaturahi­m Mahasiswa BersamaMas­yarakatMen­jana Transforma­si’ anjuran Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertempat di Kampung Bayu Permai, di sini pada Sabtu.

Ronald berkata pada masa sekarang tidak semua graduan mendapat peluang untuk diserap dalam perkhidmat­an awam.

Justeru katanya, ia memerlukan mereka bersedia bersaing dalam kerjaya di dunia swasta atau menerokai bidang perniagaan sendiri.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata mahasiswa harus menghargai peluang belajar di universiti.

Ia kerana, katanya, peluang belajar di universiti membolehka­n mereka mendalami bidang yang diminati dan seterusnya berpeluang membentuk kerjaya pilihan masingmasi­ng.

Turut hadir, Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS yang juga Penyelaras Program Norhamidah Jarimal @ Safri dan Ketua Wanita Umno Beluran Endang Datu Asibi.

 ??  ?? RONALD (duduk, tengah) bersama-sama mahasiswa UMS menyertai laungan ‘Soaring Upwards’.
RONALD (duduk, tengah) bersama-sama mahasiswa UMS menyertai laungan ‘Soaring Upwards’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia