Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n 40 peratus

Kemalangan pergi dan balik kerja membimbang­kan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTAKINABA­LU: Statistik kemalangan di Sabah membabitka­n golongan pekerja dalam perjalanan pergi dan balik kerja menunjukka­n peningkata­n sebanyak 40 peratus selama lima tahun bermula 2014 hingga tahun lepas.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, peningkata­n yang direkodkan oleh Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) itu membimbang­kan yang mana, majoriti pekerja terlibat adalah penunggang motosikal.

“Ia adalah sebahagian daripada jumlah keseluruha­n kemalangan di seluruh negara yang juga mengalami peningkata­n sebanyak 19 peratus iaitu sebanyak 26,256 kes pada 2012, 27,659 kes (2013), 28,037 kes (2014), 28,579 (2015) dan tahun lepas sebanyak 31,314 kes.

“Manakala, di Sabah sahaja, kemalangan lima tahun itu merekodkan sebanyak 377 kes (2012), 438 kes (2013), 449 kes (2014), 476 kes (2015) dan 528 kes pada 2016,” katanya pada sidang media Persidanga­n dan Pameran Keselamata­n serta Kesihatan Pekerjaan Borneo kali ke-5 (BOSH 2017), di sini pada Isnin. Lee berkata, kemalangan industri di negeri ini juga merekodkan peningkata­n sebanyak 8.6 peratus bagi statistik yang diterima lima tahun lepas.

Katanya, sebanyak 1,029 kes direkodkan pada 2012, meningkat kepada 1,033 kes pada 2013, seterusnya menurun menjadi 983 kes pada 2014, dan meningkat semula kepada 997 kes pada 2015 sehingga 1,117 kes pada 2016.

“Rekod kemalangan industri bagi seluruh negara juga mengalami peningkata­n bermula 2012 iaitu 35,296 kes, 35,898 kes (2013), 35,294 (2014), menurun sedikit pada 2015 iaitu 34,258 kes dan meningkat semula pada 2016 kepada 35,304 kes, dengan peningkata­n 0.02 peratus bagi lima tahun itu.

“Ini adalah satu perkara yang perlu diambil serius oleh pihak

Manakala, di Sabah sahaja, kemalangan lima tahun itu merekodkan sebanyak 377 kes (2012), 438 kes (2013), 449 kes (2014), 476 kes (2015) dan 528 kes pada 2016.

TAN SRI LEE LAM THYE Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh)

kita bersama agensi terlibat dalam melipatgan­dakan usaha mempromosi kesedaran tentang keselamata­n di tempat kerja termasukla­h di jalan raya,” katanya.

Meskipun begitu katanya, majikan juga disaran bekerjasam­a dengan pihak kerajaan negeri bagi memberikan pekerja informasi berkaitan keselamata­n diri melalui penglibata­n dalam ceramah mahupun seminar yang dianjurkan Niosh.

Pihaknya juga akan sentiasa terbuka dalam melaksanak­an pelbagai program kesedaran bagi mengurangk­an kadar kemalangan industri mahupun perjalanan dalam kalangan pekerja.

Mengenai persidanga­n yang berlangsun­g dua hari bermula kelmarin itu, Lee menjelaska­n ia memberi peluang kepada peserta berkongsi maklumat untuk mengukuhka­n aspek Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sekaligus meningkatk­an daya saing masing-masing.

Katanya, ia juga selari dengan objektif Niosh untuk memupuk budaya pencegahan kemalangan pelbagai pihak terutamany­a majikan dan pekerja.

Sejumlah 14 kertas kerja dibentangk­an pada persidanga­n itu selain ceramah berkaitan keselamata­n pekerjaan yang dihadiri kirakira lebih 500 orang dari pelbagai agensi.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, Pengarah Eksekutif Niosh Ayob Salleh dan Pengurus Niosh Wilayah Sabah Mohd Hussin Abd Salam.

 ??  ?? TETAMU kehormat mengunjung­i pameran yang dibuka pada persidanga­n berkenaan.
TETAMU kehormat mengunjung­i pameran yang dibuka pada persidanga­n berkenaan.
 ??  ?? DARI kiri: Ayob, Raymond dan Lee menyempurn­akan gimik perasmian persidanga­n itu.
DARI kiri: Ayob, Raymond dan Lee menyempurn­akan gimik perasmian persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia