Utusan Borneo (Sabah)

NGO bantah tindakan pasangan gay rancang berkahwin

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) belia di negeri ini menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat isu pasangan gay yang merancang untuk berkahwin.

Pasangan gay berasal dari Tawau itu sebagaiman­a yang dilaporkan oleh sebuah portal dalam talian membuat lamaran perkahwina­n di Kuala Lumpur minggu lepas.

Berikutan lamaran itu, kisah pasangan berkenaan menjadi tular di laman media sosial selepas mereka berkongsi mengenai kisah lamaran berkenaan di akaun Facebook dan Instagram masingmasi­ng.

Ekoran isu yang tular itu, wakil dari tiga NGO belia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini pada Isnin.

Wakil Persatuan Nur AlMusthofa­a Kota Kinabalu Shyazreen Asri berkata, pihaknya mahu polis dan pihak berkuasa menjalanka­n siasatan berhubung isu berkenaan.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan kami membantah keras tindakan yang tidak bertanggun­gjawab ini.

“Kami memohon supaya tindakan yang tegas dikenakan ke atas mereka kerana Malaysia bukanlah negara yang membenarka­n perkahwina­n sejenis,” katanya kepada media.

Menurutnya, walaupun perkahwina­n pasangan terbabit belum didaftarka­n lagi, namun tindakan mereka mendatangk­an kemarahan dalam kalangan rakyat di Sabah.

Sementara itu, wakil Persatuan Anak Sabah Bersatu Syed Alif Syed Hamid berkata, laporan polis sudah dibuat supaya tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.

“Jika perkara ini tidak dibanteras sekarang, berkemungk­inan akan ada kes serupa yang berlaku pada masa akan datang.

“Kita juga yakin, mana-mana agama tidak membenarka­n perkahwina­n sejenis dan ia bukanlah satu budaya yang sihat lebih-lebih lagi Malaysia adalah sebuah negara Islam,” jelasnya.

Difahamkan, pasangan berkenaan yang berumur 28 dan 26 tahun merancang untuk mendaftark­an perkahwina­n mereka namun belum memilih negara mana untuk melakukan tindakan berkenaan.

Turut hadir, wakil Persatuan Nur Al-Musthofaa Kota Kinabalu Mohd Hafiz Marzuki dan Mohd Nizamuddin Shah.

 ??  ?? REMUK: Sebuah Perodua Kelisa remuk di bahagian hadapan selepas bertembung dengan sebuah Toyota Hilux dalam kemalangan di Jalan Tuaran Bypass kira-kira jam 8.50 malam Ahad.
Pemandu Kelisa Daevie Larry Denis, 21, dilaporkan selamat namun penumpangn­ya...
REMUK: Sebuah Perodua Kelisa remuk di bahagian hadapan selepas bertembung dengan sebuah Toyota Hilux dalam kemalangan di Jalan Tuaran Bypass kira-kira jam 8.50 malam Ahad. Pemandu Kelisa Daevie Larry Denis, 21, dilaporkan selamat namun penumpangn­ya...
 ??  ?? SHYAZREEN (dua kiri) bersama, Syed Alif (kiri), Mohd Hafiz (dua kanan) dan Mohd Nizamuddin (kanan) menunjukka­n laporan polis berhubung kes pasangan gay berkenaan.
SHYAZREEN (dua kiri) bersama, Syed Alif (kiri), Mohd Hafiz (dua kanan) dan Mohd Nizamuddin (kanan) menunjukka­n laporan polis berhubung kes pasangan gay berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia