Utusan Borneo (Sabah)

46 pesalah jalan raya ditahan

41 motosikal turut disita dalam Ops Samseng Jalanan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seramai 46 individu membabitka­n penunggang dan pembonceng motosikal ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, sebanyak 41 motosikal turut disita dan kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 81 (3) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Dalam operasi itu, pihaknya turut menahan 11 penunggang untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Katanya, keputusan ujian saringan dari Bahagian Siasatan Narkotik mendapati kesemua individu berkenaan tidak mengambil dadah.

“Operasi ini dijalankan di Jalan Kepayan dekat sini bermula jam 11.30 malam Sabtu hingga jam 5 pagi Ahad.

“Polis turut mengeluark­an waran tangkap untuk lima lelaki yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan.

“Kesemua mereka yang juga penunggang motosikal ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Trafik untuk tindakan lanjut,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 56 keping saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarka­n sepanjang operasi itu.

Menurutnya, operasi berkenaan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mengikut peraturan seperti yang diperuntuk­kan undangunda­ng. “Usaha penguatkua­saan akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan pemandu dan penunggang mematuhi undang-undang jalan raya.

“Orang ramai dinasihatk­an agar tidak terlibat dengan aktiviti lumba haram dan juga sebagai penonton yang dapat menggalakk­an aktitiviti ini berleluasa.

“Sebarang maklumat berhubung kegiatan lumba haram atau Mat Rempit boleh disalurkan kepada polis dengan menghubung­i talian 088-529211, 211191 dan 318843 atau talian 999,” jelasnya.

Polis turut mengeluark­an waran tangkap untuk lima lelaki yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan.

ASISTEN KOMISIONER M.CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? ANTARA penunggang dan pembonceng yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan.
ANTARA penunggang dan pembonceng yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia