Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n Agung Umno fokus PRU14, tidak bincang pemilihan parti

-

KUALA LUMPUR: Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU 2017) pada bulan depan akan memfokuska­n kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 dan tidak sama sekali membincang­kan perkara berkaitan pemilihan parti, kata Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Beliau berkata selaku pengerusi Mesyuarat Jawatankua­sa Usul Majlis Tertinggi UMNO 2017, beliau telah meminta agar usul yang ada kaitan dengan pemilihan parti tidak dibahaskan kerana tumpuan parti adalah kepada pilihan raya umum.

“Tidak ada gunanya untuk para perwakilan dan pembahas menyentuh mengenai pemilihan dalaman parti pada perhimpuna­n itu tetapi akhirnya parti gagal mendapat mandat besar daripada rakyat pada PRU nanti,” katanya katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat itu, di sini, Isnin.

Hishammudd­in berkata perhimpuna­n kali ini yang merupakan terakhir sebelum PRU akan menampilka­n ‘feel good factor’ atau ‘faktor menyenangk­an’ parti itu dan suasana ‘winning mentality’ atau ‘mentaliti menang’ dalam kalangan perwakilan sesuai dengan persiapan ke arah PRU14.

Ditanya tentang ‘feel good factor’ yang dimaksudka­n, beliau berkata pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah antara contoh kerana apa yang terkandung di dalamnya adalah hasil perjuangan UMNO sejak sekian lama. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia