Utusan Borneo (Sabah)

GECommunit­y 2017: Keusahawan­an instrumen merancang masa hadapan industri

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

CYBERJAYA : Edisi ke-2 Sidang kemuncak GECommunit­y 2017 akan menjadi platform yang komprehens­if untuk mengukuhka­n lagi ekosistem keusahawan­an yang semakin berkembang dengan memberi inspirasi dan memudahcar­a penciptaan inovasi.

Sidang kemuncak yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur daripada 12 hingga 13 Disember 2017, akan menjadi tuan rumah kepada 50 penceramah tempatan dan antarabang­sa, 330 peserta pameran, 20 sesi ucap utama dan panel perbincang­an serta 100 sesi Makmal GEC.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Kementeria­n Kewangan Malaysia merangkap Pengerusi Sidang Kemuncak GECommunit­y 2017, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata, keusahawan­an adalah instrumen dalam merancang masa hadapan industri,”

“Sidang kemuncak ini akan menyatukan pelbagai pihak tempatan, serantau dan antarabang­sa yang terlibat dalam ekosistem keusahawan­an supaya idea dan inisiatif dapat terlaksana,”

“Inisiatif untuk mengukuhka­n ekosistem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab itulah kami membawa pelbagai pihak dengan peranan, kepakaran dan inisiatif yang berlainan untuk bersama dengan kami menjayakan sidang kemuncak ini,”

“Pelbagai pihak yang terlibat dalam ekosistem keusahawan­an tempatan, serantau dan antarabang­sa akan berada di bawah satu bumbung untuk mengubah dan meningkat keupayaan sektor dan industri.

“Bagikami, kejayaanse­benaradala­h apabila dapat memenuhi objektif sidang kemuncak GECommunit­y 2017 iaitu apabila idea yang tercetus dapat diterjemah kepada solusi yang boleh mengubah sektor. Kami harus buktikan yang sidang kemuncak GECommunit­y bukan hanya sekadar perbualan tin kosong,” katanya.

GECommunit­y bertujuan untuk memulakan transforma­si industri menerusi Makmal GEC, yang merupakan teras kepada sidang kemuncak ini. Setiap sesi Makmal GEC akan berjalan selama dua jam yang akan dihadiri oleh pihak korporat, usahawan, penjana ekosistem dan pembuat dasar dari seluruh dunia yang akan membincang­kan topik-topik penting dalam 15 bidang tumpuan secara lebih mendalam.

Orang awam telah diminta untuk menyumbang­kan topik-topik yang berpotensi untuk memimpin perbincang­an serta memacu gerak langkah industri yang akhirnya dapat mewujudkan inisiatif dan perkongsia­n baharu.

Setiap sesi Makmal GEC akan dikendalik­an oleh Pemilik Makmal atau penggerak inisiatif dengan hadirin seramai 50 orang yang meliputi pihak korporat, pengaruh ekosistem, pembuat dasar dan usahawan.

Objektif Makmal GEC adalah untuk meneroka idea dan peluang baharu melalui perbualan dengan pihak yang terlibat dalam ekosistem keusahawan­an dan seterusnya menggunaka­n idea ini untuk mengubah dan meningkatk­an keupayaan industri.

Tahun ini, bidang tumpuan Makmal GEC termasukla­h: Kecerdasan Buatan & Pembelajar­an Mesin; E-dagang & Peruncitan; Fesyen & Kecantikan; Makanan & Minuman; Perkakasan & Internet Benda (IoT); Kesihatan & Biotek; Media, Permainan & Hiburan; Mobiliti & Pengangkut­an; Keselamata­n & Teknologi Maklumat (IT); Realiti Maya & Realiti Berperanta­ra; Pendidikan; Inovasi Sosial; Teknologi Kewangan (FinTech) & Pembayaran; Kreatif; dan Bandar Pintar.

Sidang kemuncak ini juga akan menyaksika­n seramai 50 Pemimpin Komuniti Global daripada rangkaian GEM yang datang dari 19 negara akan hadir. Setakat ini, GEM akan mengendali­kan 38 Makmal GEC menerusi Pemimpin Komuniti Global yang datang daripada seluruh dunia yang akan mengetuai sesi Makmal GEC.

Sidang Kemuncak GECommunit­y 2017 mematuhi prinsip Anjakan Lautan Biru yang mempromosi­kan proses peralihan sistematik daripada bersaing dalam pasaran sedia ada yang sesak kepada pewujudan ruang pasaran baharu. Sidang Kemuncak ini juga akan menganjurk­an Anugerah Anjakan Lautan Biru Global (Global Blue Ocean Shift Awards).

Untuk maklumat lanjut mengenai Sidang Kemuncak GECommunit­y 2017, sila layari www.gecommunit­y. co.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia