Utusan Borneo (Sabah)

MIC ketengah lebih ramai calon muda pada PRU14

-

SEREMBAN: MIC akan mengetenga­hkan lebih ramai pemimpin muda sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden parti, Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata MIC juga sudah menyerahka­n senarai calon PRU14 kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diperhalus­i.

“Selepas perdana menteri menentukan calon sesuai, senarai akhir akan kita serahkan kepada SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk proses saringan. Untuk kali ini, kita ketengahka­n ramai calon muda.

Ini bermaksud bahawa BN mempunyai banyak pilihan pemimpin dan ada cukup calon untuk diangkat. Saya yakin dengan keputusan perdana menteri dan kepimpinan BN berkaitan hal ini,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Makan Malam Deepavali anjuran MIC Negeri Sembilan di sini, malam Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V.S. Mogan dan Pengerusi Badan Perhubunga­n MIC negeri Datuk L.Manickam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia