Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan menandatan­gani MoU dengan Top Fruits bangun industri buah-buahan

-

KUCHING: Kerajaan negeri pada Ahad menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd (Top Fruits) sebagai kolaborati­f dalam pembanguna­n industri buah-buahan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sebagai permulaan syarikat berkenaan akan menjadi syarikat utama dalam pembanguna­n dan mempromosi­kan industri durian di negeri ini.

“Sarawak mempunyai bekalan durian yang banyak tetapi berdepan masalah pemasaran yang menyebabka­n berlakunya lambakan durian apabila tiba musim durian termasuk buah-buahan lain.

“Sebab itu kita telah memilih Top Fruits sebagai syarikat utama untuk membantu kita dalam pembanguna­n, promosi dan pemasaran industri durian di negeri ini dan buah-buahan tempatan yang lain seperti nanas dan sebagainya.

“Kita yakin dengan pengalaman lebih 30 tahun serta pasaran di 11 negara di seluruh dunia, Top F ruit s dapat membantu kita dalam membangunk­an industri durian di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani MoU tersebut di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak di sini, pada Ahad.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menambah, industri durian mempunyai potensi yang besar di mana di Serian sahaja terdapat 18,000 pokok durian.

Jika setiap pokok dapat mengeluark­an 50 biji durian beliau yakin ia mampu memberi pendapatan sehingga RM4,000 sebulan bagi setiap pekebun dengan bantuan daripada Top Fruits dari segi pemasaran.

“Bagi mengatasi masalah lambakan durian, kementeria­n saya telah menjadikan Loji IQF di Tarat, Serian sebagai Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC) bagi durian dan buah-buahan lain.

“Kita berharap dengan inisiatif ini, ia akan dapat membantu kita meningkatk­an pendapatan bulanan petani kepada RM4,000 sebulan menjelang 2020 sekali gus mencapai status negeri maju pada 2030,” katanya.

MoU tersebut ditandatan­gani antara Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Datu Lai Kui Fong bagi pihak kerajaan negeri dan Pengarah Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd Dr Tan Sue Yee sambil disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

MoU tersebut adalah bagi mempromosi dan memperkuku­hkan kerjasama antara kerajaan negeri dan syarikat dalam pembanguna­n industri buah-buahan di Sarawak.

 ??  ?? LAI (empat kiri) bertukar dokumen dengan Dr Tan (empat kanan) sambil disaksikan Abang Johari, Uggah serta yang lain. Gambar Muhammad Rais Sanusi.
LAI (empat kiri) bertukar dokumen dengan Dr Tan (empat kanan) sambil disaksikan Abang Johari, Uggah serta yang lain. Gambar Muhammad Rais Sanusi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia