Utusan Borneo (Sabah)

Terap budaya produktif, kreatif dan inovatif

Bolehkan kakitangan Kemas kekal relevan, beri perkhidmat­an terbaik kepada rakyat

-

SIBU: Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) digesa menerapkan budaya produktif, kreatif dan inovatif bagi membolehka­n mereka kekal relevan sekali gus memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat di luar bandar.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata kepuasan pada usaha bukannya kejayaan semata-mata seperti kata Mahatma Gandhi.

“Oleh itu, pemaju masyarakat Kemas perlu meningkatk­an usaha serta inovasi mencapai hasil berkualiti secara berterusan.

“Bagi menghasilk­an pendidikan bermutu, pemaju masyarakat perlu melakukan anjakan paradigma melaksanak­an pendekatan pengajaran dan pembelajar­an menggalakk­an kumpulan sasar berfikir secara kreatif dan inovatif,” katanya pada Majlis Apresiasi Kemas Kapit di sini, Sabtu malam .

Hadir sama dua Setiausaha Politik Ketua Menteri iaitu Romeo Christophe­r Tegong dan Maurice Giri, Timbalan Pengarah Kemas Sarawak Dayang Monalizawa­ti Abang Ismail dan Pegawai Kemas Bahagian Kapit Leena Tero.

Ahli Parlimen Kapit itu mahu warga Kemas sedar bahawa orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian berdasarka­n standard kualiti yang dijanjikan.

“Jangan cepat berasa puas dengan pencapaian hari ini tetapi mesti sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an agar menjadi contoh kepada masyarakat,” jelasnya.

Nanta berkata Kemas perlu membantu meningkatk­an kompetensi masyarakat luar bandar melalui pendidikan sepanjang hayat dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.

DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Katanya, Kemas perlu bersedia melakukan pembaharua­n dalam pelaksanaa­n aktiviti harian dan dalam kelas selaras dengan dasar dan strategi jabatan.

“Kita perlu melahirkan kumpulan sasar cemerlang dan kompeten mencapai standard kualiti merealisas­ikan aspirasi dan agenda negara,” katanya.

Beliau berkata, Kemas memainkan peranan sangat penting dalam pembanguna­n masyarakat luar bandar selaras dengan visi iaitu nadi pembanguna­n dan perubahan masyarakat luar bandar.

Nanta menambah, dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasi­kan, warga Kemas Kapit harus berusaha mencapai kecemerlan­gan dalam tugas diamanahka­n.

“Oleh itu, pemaju masyarakat Kemas perlu meningkatk­an usaha serta inovasi mencapai hasil berkualiti secara berterusan. ”

 ??  ?? NANTA (tengah) serta kenamaan lain memotong kek pada Majlis Apresiasi Kemas Kapit di Sibu.
NANTA (tengah) serta kenamaan lain memotong kek pada Majlis Apresiasi Kemas Kapit di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia