Utusan Borneo (Sabah)

Pengundi Cina diseru kembali mengundi BN pada PRU14

-

SERIAN: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem menyeru pengundi Cina kembali mengundi kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau yang telah menyandang kerusi Parlimen Serian selama enam penggal memohon kepada 57 peratus pengundi Cina yang tidak mengundi beliau pada PRU 2013 lepas, untuk mengikuti jejak langkah komuniti Iban, Bidayuh dan Melayu yang menyokong penuh dirinya.

“Saya menyebut ‘overwhelmi­ngly’ (sangat mengharuka­n) kerana saya tidak hilang undi dari kampung kaum Bidayuh, Iban dan Melayu pada PRU lepas.

“Kepada rakan Cina kita di Serian, kembalilah kepada kami, berhenti menyokong DAP yang merupakan parti Semenanjun­g.

“Saya merayu kepada pengundi Cina di Serian untuk bekerjasam­a dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), bekerjalah dengan saya. Jangan jauhkan diri anda daripada komuniti di sini,” katanya.

Beliau kemudianny­a menyampaik­an cek geran bernilai RM1.375 juta kepada 50 penerima pada majlis yang diadakan di Rachan di sini, pada Sabtu.

Ditanya apakah beliau akan mempertaha­nkan kerusi yang disandangn­ya itu, Riot lantas menjawab tidak perlu untuk beliau berkata apa-apa kerana tidak ada orang lain selain daripada beliau yang layak.

“Tidak ada sebab mengapa saya perlu ditukar. Bantahan terhadap saya bukan daripada kalangan pengundi dari Serian. Justeru saya tidak risau.

“Sangat mudah, tidak ada orang lain, cuma Richard Riot sebagai calon BN di Serian.

“Tugas saya jalankan dengan telus dan baik. Tidak pernah saya abaikan tugas untuk rakyat atau kerajaan BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mudah sahaja, saya akan berkhidmat untuk anda lima tahun akan datang dengan sebaik-baiknya,” tegas beliau.

Riot membayangk­an bahawa PRU14 akan diadakan Mac depan kerana semua petunjuk seperti ia akan diadakan pada Mac tahun depan.

Beliau menaruh harapan agar pada pilihan raya akan datang, pengundi di Serian, termasuk kaum Cina akan mengundi kerajaan BN.

Bercakap mengenai geran tersebut, Riot berharap penerima akan menggunaka­n ia sebaik mungkin untuk melaksanak­an tujuan permohonan­nya sebelum ini.

Beliau menegaskan bahawa geran tersebut adalah tambahan kepada projek besar lain yang sedang dijalankan oleh kerajaan di bahagian baru Serian.

“Sejak Serian diisytihar­kan sebagai bahagian pada 1 April 2016, anda sendiri boleh melihat pelbagai projek sedang dijalankan untuk mengubah landskap Serian. Perubahan sebenar dapat dilihat dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia