Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sentiasa berusaha tingkat ekonomi nelayan

-

LIMBANG: Kerajaan sentiasa berusaha meningkatk­an ekonomi golongan nelayan di sini termasuk menyediaka­n pelbagai prasarana dan kemudahan untuk meningkatk­an pendapatan.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata pelbagai bantuan disediakan kerajaan demi memastikan kebajikan mereka yang selama ini banyak berkorban tenaga dan masa untuk menyediaka­n bekalan ikan kepada rakyat.

“Pelbagai bantuan disedia kerajaan untuk membantu dan mengambil berat mengenai keperluan nelayan dan kerajaan akan terus berusaha membela nasib mereka,” katanya pada penyerahan elaun sara hidup nelayan di Dewan Bunga Raya di sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Limbang (PNKL) Stredella Romina Lynne dan Pengerusi PNKL Sondit Mail.

Sejumlah RM27,600 diagihkan kepada 93 penerima pada majlis itu.

 ??  ?? PENERIMA bergambar dengan tetamu kehormat pada majlis itu.
PENERIMA bergambar dengan tetamu kehormat pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia