Utusan Borneo (Sabah)

Inovasi penghasila­n simenfero bantu jana pendapatan belia

-

BETONG: Inovasi dalam penghasila­n produk simenfero dapat menambah pendapatan belia malah memberi keuntungan jika diusaha dengan bersungguh-sungguh termasuk direka dalam pelbagai bentuk menarik minat pengguna.

Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Layar Gerald Rentap Jabu menyeru belia membangunk­an usaha masingmasi­ng dalam menambah ilmu dan pengetahua­n dalam bidang perusahaan yang menguntung­kan dan menjana pendapatan diri dan keluarga.

“Kerajaan sentiasa menyediaka­n peluang kepada belia melengkapk­an diri dengan ilmu yang boleh dimanfaat untuk kesenangan diri dan masyarakat sekeliling.

“Justeru, Unit Perancanga­n Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri menerusi Politeknik Metro Beton g Sarawak( P M B S) yang berkemahir­an tinggi dan khusus dalam simenfero menyediaka­n kursus belia terpilih menyertai program yang direncana.

“Pada masa yang sama memberi kemahiran kepada belia untuk terus mendalami ilmu bagi menghasilk­an inovasi simenfero,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup rasmi program Touch Point 2017 @ PMBS yang berlangsun­g di sini pada Ahad.

Tambahnya belia perlu proaktif dalam menghasilk­an sesuatu termasuk mencari modal untuk memulakan perusahaan dan mengembang­kan produk yang diiktiraf.

 ??  ?? RENTAP bergambar bersama peserta kursus simenfero yang berlangsun­g di PMBS dan berakhir pada Ahad.
RENTAP bergambar bersama peserta kursus simenfero yang berlangsun­g di PMBS dan berakhir pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia