Utusan Borneo (Sabah)

Pekebun diminta lapor MPB

-

JULAU: Pekebun lada di Pakan dan Julau diminta melaporkan kepada Jabatan Pertanian dan Lembaga Lada Malaysia (MPB) sekiranya lada yang mereka tanam didapati sakit menyebabka­n mati.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata tindakan itu membolehka­n pihak terbabit melakukan kajian sama ada lada ditanam itu terancam akibat baja atau racun yang tidak sesuai atau ada masalah lain.

“Kita ada mendengar berita bahawa lada ditanam di Pakan dan Julau didapati sakit seterusnya mati.

“Ekoran itu, saya minta pekebun menghitung lada sakit itu seterusnya melaporkan kepada agensi terbabit,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Unjah Mani, Nanga Luau.

Menurut Salang, kerjasama semua pekebun lada amat diperlukan bagi menangani masalah itu.

Katanya, aduan pekebun lada amat penting bagi membolehka­n agensi terbabit menjalanka­n kajian dan siasatan.

“Jika masalah ini terus dibiarkan menyebabka­n rugi besar. Lagipun boleh menyebabka­n jangkitan mengakibat­kan lebih banyak lada mati.

“Oleh itu, agensi berkaitan memerlukan kerjasama semua agar mereka dapat menjalanka­n siasatan mengesan puncanya,” ujar beliau.

Salang berkata, Sarikei pengeluar lada terbesar di Sarawak dan tahun lalu mengeluark­an sebanyak 9,084.2 tan metrik dengan keluasan tanah 5,098 hektar.

Jumlah tersebut merangkumi Sarikei dengan 810 hektar diikuti Julau (1,934 hektar), Pakan (1,958 hektar) dan Bintangor/ Meradong (396 hektar).

Ini didedahkan Timbalan Menteri Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur pada Seminar Penggredan Lada dan Penghasila­n Lada Berkualiti di Rumah Segan Jubin, Engkamop, Julau.

 ??  ?? UNJAH (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Salang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Unjah Mani, Nanga Luau di Julau.
UNJAH (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Salang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Unjah Mani, Nanga Luau di Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia