Utusan Borneo (Sabah)

64,338 pertubuhan induk, 82,195 pertubuhan cawangan didaftarka­n

-

SRI AMAN: Sebanyak 64,338 pertubuhan induk dan 82,195 pertubuhan cawangan didaftarka­n Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) seluruh negara hingga November ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata jumlah pertubuhan induk di Sarawak sebanyak 4,087.

“Daripada jumlah itu, di Sarawak 83 pertubuhan telah didaftarka­n di Sri Aman mewakili 2.03 peratus pertubuhan di negeri ini,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Pertubuhan dan Penyampaia­n Geran di sini malam Sabtu.

Beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti persatuan atau pertubuhan di negeri ini merupakan sektor ketiga selain awam dan swasta menyumbang kepada pembanguna­n masyarakat.

“Sektor ini bersifat voluntari atau sukarela dan objektif utamanya bukan bersifat mencari keuntungan tetapi menjaga kebajikan, membela kepentinga­n dan kebudayaan masyarakat,” jelasnya.

Ahli Parlimen Sri Aman itu menjelaska­n, sejak 2013 ROS membuat perubahan dan penambahba­ikan melaksanak­an sistem pendigital­an (eROSES) bagi memudahkan pertubuhan membuat permohonan pendaftara­n, mengemas kini makluat, menghantar penyata tahunan setiap tahun dan lainlain atas talian.

“Mereka mentadbir pertubuhan secara telus, berintegri­ti dan mematuhi perlembaga­an pertubuhan, Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan 1984 dan dasar-dasar kerajaan,” jelasnya.

Menurutnya, pertubuhan merupakan pengantara atau orang tengah antara kerajaan dan orang awam melaksanak­an dasar serta polisi yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Pertubuhan hendaklah bertindak sebagai ejen tranformas­i pelbagai bidang ke arah mencapai masyarakat bersatu padu, bekerjasam­a, harmoni, toleransi, sejahtera dan makmur.

“Pertubuhan digalakkan merekrut lebih ramai ahli muda kerana generasi ini mampu menyumbang idea baharu membawa kepada perkembang­an pertubuhan yang sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPPM Sarawak Georgina Apphia Ngau berkata ROS Sarawak menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada 12 pertubuhan di sini yang berdaftar melebihi 30 tahun.

“Pemilihan itu berdasarka­n rekod pengurusan dan penghantar­aan penyata tahunan baik dan penyata tahunan merupakan nadi bagi sesebuah pertubuhan berdaftar dengan ROS,” katanya.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Philip Peter Salam serta ketua-ketua jabatan.

Pada majlis itu, Masir menyampaik­an geran berjumlah RM10,000 daripada ROS Sarawak kepada Persatuan Penduduk Sebemban Selanjan, Sri Aman (GASS).

Dalam pada itu, sebanyak 12 persatuan dan pertubuhan di Sri Aman menerima sijil penghargaa­n setelah pertubuhan mereka berdaftar melebihi 30 tahun.

 ??  ?? MASIR (tengah) menyampaik­an geran kepada Persatuan Penduduk Sebemban Selanjan, Sri Aman.
MASIR (tengah) menyampaik­an geran kepada Persatuan Penduduk Sebemban Selanjan, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia