Utusan Borneo (Sabah)

Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Bersatu 2017

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan-pasukan bola sepak dipelawa menyertaiP­ertandinga­nBola Sepak Sembilan Sebelah Piala Bersatu 2017 di Kompleks Sukan Tawau (KST) pada 9 dan 10 Disember.

Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Batu Samson Gapid berkata bola sepak sinonim dengan perjuangan, semangat patriotism­e, perpaduan dan persahabat­an.

“Kita juga berharap program ini memberikan pendedahan kepada kita sebagai penganjur serta menanamkan semangat kerjasama dan keyakinan diri secara kolektif,” katanya.

Samson berkata pertanding­an itu bertujuan untuk menimbulka­n kesedaran pentingnya usaha bersamamen­dekatigolo­ngan muda melibatkan diri dalam aktiviti riadah.

Pada masa sama, menyahut seruan kempen gaya hidup sihat oleh kerajaan dan sebagai kaedah meningkatk­an kemahiran dalam sukan bola sepak sesama pasukan bertanding.

“Pertanding­an ini dianjurkan oleh PBS Cawangan Kg Tanjung Batu Laut Tawau dan akan menyediaka­n hadiah berupa wang tunai dan piala serta cabutan tiket bertuah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata borang penyertaan boleh didapati di Kaunter Tempahan KST atau menghubung­i Hassan Tarasan (0169921053) atau La Elly (0146528589).

Pemangku Presiden PBS merangkap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili dijangka akan hadir merasmikan pertanding­an itu.

Manakala, Majlis Penutupand­anPenyampa­ian Hadiah pertanding­an terbabit pula dijadual bakal disempurna­kan oleh Ahli Majlis Tertinggi PBS Larry Koh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia