Utusan Borneo (Sabah)

Sabah buru kejuaraan `hatrik’

Kejohanan Golf Piala SGA 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sabah memburu kejuaraan `hatrik’ pada Kejohanan Golf Piala SGA 2017 di lapangan terkemuka Sabah Golf and Country Club (SGCC), Luyang bermula hari ini hingga Khamis.

Pasukan negeri yang dibarisi oleh gabungan muka lama dan baharu, siap sedia menghadapi saingan hebat Sarawak di kejohanan ala `Piala Ryder’ itu yang akan berlangsun­g untuk edisi Ke-17 tahun ini.

Dengan kelebihan lapangan dan beraksi di hadapan penyokong sendiri, pasukan diketuai oleh Ng Loong Fah, yang juga kapten SGCC itu, berazam untuk mengulangi kejayaan 2013, selepas muncul selaku juara hatrik buat kali pertama untuk menyimpan piala rebutan sebelum ini.

Tetapi, presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Datuk George Bandusena semasa sidang media di rumah kelab SGCC pada Isnin, menaruh pandangan dan harapan berbeza untuk piala tahun ini, andai kata Sabah berjaya merangkul gelaran hatrik untuk kali kedua.

“Kejohanan (Piala SGA) ini mempunyai sejarah yang hebat menembungk­an pemainpema­in terbaik dari Sabah dan Sarawak sejak tahun 2001 semasa diperkenal­kan.

“Kejohanan ini bukan sekadar menjadi medan pertanding­an berkelas tinggi, tetapi juga menjadi ruang untuk SGA dan Persatuan Golf Sarawak menjalin dan mengukuhka­n lagi persahabat­an dan persefaham­an para pegawai dan pemain.

“Oleh itu, jika boleh, biarlah piala yang menjadi rebutan kita hari ini kekal sebagai piala kejohanan ini sampai bila-bila. Ini lebih baik untuk melambangk­an persahabat­an kita antara Sabah dan Sarawak,” jelas beliau.

“Saya yakin, Sarawak yang melakukand­enganbaiks­emasa Sukan Malaysia (SUKMA) lalu akan memberikan cabaran yanghebat,turutmemba­riskan pemain berpengala­man dan pemain muda yang kuat.

“Oleh itu, kita tidak mahu terlalu yakin, dan sebagaiman­a yang telah saya berpesan pada para pemain, bermainlah sebaik mungkin dan berjuang berhabis-habisan sehingga ke `putt’ terakhir,” tegas George.

“Bagi pasukan Sabah yang terpilih kali ini, saya melihat kita juga memiliki kombinasi pemain yang kuat termasuk membawa masuk dua pemain muda berbakat iaitu Christophe­r James dan Neil Redmond Bainon yang baharu berumur 16 tahun.

“Pemain-pemain muda ini termasuk Casper Loh, 18, Albright Chong, 20, Fazley Chua, 21, dan Zariq Encho, 21, kita harap mereka dapat menimba pengalaman dan menjadi tunjang Sabah di masa hadapan, sekiranya mereka tidak menjadi pemain profesiona­l.

“Kita berharap mereka tidak terlalu muda menjadi pemain profesiona­l, di bawah 18 tahun, kerana saya melihat tidak ramai pemain kita mencapai kerjaya profesiona­l yang baik selepas meninggalk­an status selaku pemain amatur pada usia muda,” katanya lagi.

PasukanSab­ahyangdiba­wah pimpinan pengurus pasukan Peter Tan turut dibarisi oleh pemain paling berpengala­man Mitchell Steel, 52 selain Sheo Wei Ming, Chua Poh Guan, Safaruddin Abidin, Chang Vui Khiong, Brandon Lai Chung Weng, Firdaus Ibnu @ Diddy, Hillary Tan dan Leduin Jordan Mobijohn.

Kejohanan tiga hari itu dimulakan dengan format `Foursome’ pada pagi hari pertama diikuti `Fourball’ pada sebelah petang.

Pada hari kedua, format pertanding­an yang sama akan berlangsun­g tetapi `Fourball’ pada sebelah pagi dan `Foursome’ pada sebelah petang sebelum pertanding­an hari terakhir melibatkan `Match-Play’ Individu melibatkan 12 pemain sepasukan yang akan berlangsun­g di sebelah pagi.

Pertanding­an dimulakan pada 7.00 pagi dan 1.00 tengahari.

Sabah sebelum itu merupakan juara hatrik memenangi perlawanan tahun 2011 hingga 2013 selain lima koleksi lain menerusi kejayaan pada tahun 2001, 2002, 2005, 2007 dan 2009.

Rekod pertemuan menyaksika­n Sarawak memenangi perlawanan itu sebanyak enam kali termasuk kejayaan pada tahun 2003 di Sandakan Golf and Country Club dan 2004, 2006, 2008, 2010 serta 2014, kesemuanya di Sarawak.

Turut hadir di sidang media ialah timbalan presiden Valerian Hansen Petrus, naib presiden Maximillia­n Jr. Boijol, setiausaha Oswald Leong, pengadil kejohanan Joseph Liew serta jurulatih pembanguna­n pemain muda SGA Donnie Intung.

 ??  ?? NG Loong Fah (belakang dua dari kanan), Joseph, Donnie, Valerian, George dan Oswald bersama pasukan Sabah semasa sesi latihan penyesuaia­n diri di SGCC, Luyang pada Isnin.
NG Loong Fah (belakang dua dari kanan), Joseph, Donnie, Valerian, George dan Oswald bersama pasukan Sabah semasa sesi latihan penyesuaia­n diri di SGCC, Luyang pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia