Utusan Borneo (Sabah)

Aksi ragbi hiasi Pekan Papar

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Aksi lasak pertarunga­n Kejohanan Ragbi Piala Penaung Papar 2017 akan menghiasi aktiviti padang Pekan Papar hujung minggu hadapan.

Program 24-26 November anjuran Persatuan Ragbi Papar (PRA) dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Sabah (SRU) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu adalah untuk merebut Piala Datuk Hajah Rosnah Haji Abd Rashid Shirlin.

Presiden PRA yang juga mantan Datuk Bandar Kota Kinabalu; Datuk Ghani Abdul Rashid semasa sidang media di Beringis Beach Resort, Papar pada Isnin berkata, kejohanan itu menawarkan penyertaan dua kategori iaitu terbuka lelaki dan wanita.

“Pertanding­an kategori lelaki membuka penyertaan 16 pasukan, manakala pertanding­an kategori wanita membuka penyertaan lapan pasukan.

“Selain Piala Pusingan dan piala iringan, kejohanan ini juga menawarkan hadiah wang tunai,” jelas beliau.

 ??  ?? GHANI (belakang lapan kiri) bersama para pegawai dan pemain semasa sidang media dan penerimaan tajaan RM40,000 dari Rosnah di Beringis Beach Resort, Papar pada Isnin.
GHANI (belakang lapan kiri) bersama para pegawai dan pemain semasa sidang media dan penerimaan tajaan RM40,000 dari Rosnah di Beringis Beach Resort, Papar pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia