Utusan Borneo (Sabah)

Vardy pertahan tindakan Drinkwater tolak panggilan Southgate

-

LONDON: Jamie Vardy menegaskan Danny Drinkwater tidak mempedulik­an England selepas bekas rakannya dalam pasukan Leicester City itu menolak peluang untuk bermain dalam beberapa perlawanan persahabat­an bersama pasukan kebangsaan sekarang.

Drinkwater dituduh menghampak­an pengurus England Gareth Southgate pada minggu lepas apabila dia menarik diri dari skuad bagi perlawanan menentang Jerman dan Brazil.

Pemain tengah Chelsea itu berkata dia tidak rasa cergas sepenuhnya setelah menghadapi kesukaran untuk pulih daripada masalah betis yang mencemari permulaan waktunya bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Ia bukan kali pertama Drinkwater menarik diri daripada tugasan England dan komitmenny­a kepada perjuangan telah dipersoalk­an oleh segelintir pihak.

Namun Vardy, yang memenangi kejuaraan EPL bersama Drinkwater di Leicester dua tahun lalu, bertegas menyatakan pemain berusia 27 tahun itu masih terdesak untuk bermain bagi England.

“Saya rasa dia memang mahu bermain untuk negaranya tetapi, sejujurnya, dia sedang bergelut untuk mendapatka­n sedikit masa bermain,” kata Vardy.

“Dia cedera dan dia perlu mengembali­kan ketajaman dalam perlawanan. Dia telah berbuat demikian sejak beberapa minggu lalu untuk Chelsea dan dia perlu terus membina perkara itu.

“Dia ternyata ada peluang untuk memasuki skuad bila dia cergas. Jika dia bermain sebaik mungkin, kenapa tidak?

“Dia dijangka ada peluang tetapi ia terpulang kepadanya untuk memastikan dia mempamerka­n prestasi yang baik.”

Drinkwater dilaporkan kecewa kerana keputusann­ya untuk tidak bermain dalam perlawanan persahabat­an telah dianggap sebagai satu penghinaan dan dia merancang untuk membuktika­n dia dapat memenangi semula tempatnya bagi Piala Dunia pada tahun depan di Rusia.

Drinkwater, yang menyertai Chelsea dengan harga 35 juta pound (RM192.5 juta) pada hujung Ogos lalu, membuat hanya dua penampilan sahaja sebagai pemain gantian dalam EPL.

Dia menerima lebih banyak rawatan selepas dia memburukka­n lagi masalah betis apabila dia dimasukkan sebagai pemain gantian dalam kemenangan Chelsea ke atas Manchester United pada 5 November lepas.

Tanpa Drinkwater, Ruben Loftus-Cheek bermain dengan mengagumka­n di bahagian tengah apabila England seri 0-0 dengan juara dunia Jerman pada Jumaat lepas. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia