Utusan Borneo (Sabah)

Warga akar umbi bangga dengan projek mega di Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Masyarakat akar umbi di daerah ini bangga dan merasa bertuah kerana mempunyai enam projek mega yang telah, sedang dan akan dilaksanak­an oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kemudahan penduduk di sini.

Enam projek mega itu ialah Kompleks Sukan Ranau (sudah siap), jalan raya kedua Ranau-Kiulu (sedang dalam pembinaan), Maktab Rendah Sains Mara (akan bermula pertengaha­n 2018), Muzium Tamadun Etnik Dusun dan Masjid Baharu Ar-Rahman Pekan Ranau.

Selain itu, peruntukan RM29 juta untuk menaiktara­f bekalan air terawat Jabatan Air Bahagian Ranau.

Ramai penduduk yang ditemui melahirkan rasa gembira serta bangga dan berharap agar semua projek menelan kos ratusan juta ringgit itu akan menjadi realiti.

Mereka memuji inisiatif serta hasil usaha gandingan mantap empat pemimpin di daerah ini iaitu Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam; Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun dan Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat merangkap Adun Paginatan Datuk Siringan Gubat.

“Inilah antara bukti keseriusan kerajaan menyalur dan menyediaka­n kemudahan untuk rakyat tanpa mengira suku kaum dan ideologi politik,” kata Taipin Limun, 62, dari Kg Tagudon Baru.

“Saya percaya dan berkeyakin­an semua projek seperti yang diumumkan itu pasti akan dilaksanak­an dan bukan sekadar ‘memancing undi’ rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) seperti dakwaan golongan tertentu,” kata Sahirin Sabin, 48, dari Kg Muhibah.

Seorang penduduk Kg Narawang, Radin Kingawan, 53, menaruh harapan tinggi agar projek-projek mega itu akan dilaksanak­an mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Adalah wajar rakyat negeri ini khususnya di DUN Kundasang, Karanaan dan Paginatan mengekalka­n sokongan padu kepada kempat-empat calon sedia ada atau sesiapa sahaja yang bakal diletakkan sebagai calon BN pada PRU akan datang,” kata Mohd Saili Waradi, 58, dari Kg Tagudon Baru.

Bagi Ummi Hafizah Misin, 25, dari Kg Lohan Ulu, pembinaan MRSM di Ranau sebagai amat bersesuaia­n memandangk­an daerah terletak di tengah-tengan peta Negeri Sabah, bagi memudahkan pelajar dari daerah lain.

Jamidi Sayap, 53, dari Kg Timbua pula mengharapk­an ada anaknya kelak yang akan berpeluang menuntut di MRSM Ranau.

 ??  ?? RADIN
RADIN
 ??  ?? JAMIDI
JAMIDI
 ??  ?? HAFIZAH
HAFIZAH
 ??  ?? MOHD SAILI
MOHD SAILI
 ??  ?? SAHIRIN
SAHIRIN
 ??  ?? TAIPIN
TAIPIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia