Utusan Borneo (Sabah)

20 KIR terima bantuan daripada KSRP

-

KOTA BELUD: Seramai 20 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Suang Pungor di sini yang terjejas akibat banjir baru-baru ini menerima bantuan daripada Kelab Sukan dan Rekreasi Perangkaan (KSRP) Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah (DOSM).

Penaung kelab itu yang juga Pengarah DOSM Hajah Norhayati Jantan berkata dana itu diperolehi hasil sumbangan orang ramai sempena pelancaran Banci Penduduk dan Hari Statistik Negara (My Census 2020) di Kota Kinabalu.

“Usaha mengumpul dana ini adalah inisiatif sendiri KSRP sebagai tanda keprihatin­an ahli kelab yang turut sama merasai kesusahan dialami mangsa banjir di Kota Belud.

“Semua kutipan diserahkan terus kepada 20 ketua isi rumah yang terpilih menerima bantuan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir di kampung berkenaan.

Turut hadir, Ketua Kampung Suang Pungor Nain Satoh, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Suang Pungor Haji Amran Satoh, Imam Rawatib Oyot Haji Arin dan Timbalan Pengerusi KSRP Firman Adrianshah Benard.

Pelancaran tabung itu disempurna­kan oleh Ketua Perangkawa­n Malaysia Dato’ Sri Dr Uzir Mahidin.

Dalam pada itu, Norhayati berterima kasih kepada KSRP atas semangat dan kesungguha­n ahli kelab itu membantu meringanka­n beban mangsa banjir di Kota Belud.

“Saya berharap usaha seumpama ini dapat diteruskan agar kita samasama dapat merakyatka­n perkhidmat­an awam di samping perkhidmat­an statistik khususnya membantu rakyat yang ditimpa bencana,” katanya.

 ??  ?? NORHAYATI menyampaik­an bantuan kepada salah seorang KIR di Kg Suang Pungor, Kota Belud.
NORHAYATI menyampaik­an bantuan kepada salah seorang KIR di Kg Suang Pungor, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia