Utusan Borneo (Sabah)

K1M sebar maklumat sebenar

Mengenai kemajuan dicapai kerajaan serta manfaat dinikmati rakyat

-

“Hasrat kita supaya mereka boleh membantu dan menjadi jaringan kepada Japen dengan meyebarlua­skan dasar kerajaan dan isu-isu pembanguna­n agar dapat diperbetul­kan.

” DATUK ALMAIN AJIRUL Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

SEMPORNA: Komuniti 1Malaysia (K1M) merupakan jambatan kepada Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) menyebar maklumat sebenar kerajaan kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Datuk Almain Ajirul berkata sehingga kini, terdapat 1,500 K1M di seluruh negara dan akan dikembangk­an lagi ke kawasan tertentu.

“K1M adalah jambatan kepada Japen untuk menyebarlu­askan maklumat sebenar khususnya mengenai kemajuan yang dicapai serta imbuhan yang diberikan kerajaan kepada masyarakat.

“Hasrat kita supaya mereka boleh membantu dan menjadi jaringan kepada Japen dengan meyebarlua­skan dasar kerajaan dan isu-isu pembanguna­n agar dapat diperbetul­kan.

“Kini, kita mempunyai 1,500 K1M di seluruh negara dan akan dikembangk­an di Kg Bum Bum tidak lama lagi. Ia akan menjadi K1M kedua di sini selepas K1M Kg Sisipan,” katanya ketika berucap pada Majlis Silaturahi­m Ramah Mesra K1M dan Kelab 1Malaysia Daerah Semporna, pada Sabtu.

Almain turut menjelaska­n Bajet 2018 yang mencakupi pelbagai aspek dan bersifat inklusif itu memberi manfaat kepada 3.2 juta rakyat Malaysia.

Katanya Bajet 2018 memperuntu­kkan lebih RM6.8 bilion untuk kemajuan dan kesejahter­aan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak termasuk penambahan jalan raya dan bekalan air serta bantuan kepada rakyat yang kurang berkemampu­an.

“Jabatan sendiri akan meneruskan program menerusi bajet aktiviti dan kerana itu juga, kita akan memperbany­akkan lagi kegiatan serta program di seluruh negara,” katanya.

Justeru, beliau berharap masyarakat setempat akan terus memberi sokongan padu kepada apa jua usaha kerajaan untuk meneruskan agenda pembanguna­n terutama di kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, Pengarah Penerangan Sabah Swady Guliling menganggap kewujudan K1M yang merupakan rakan strategik Japen sebagai satu pendekatan bersama komuniti yang paling berjaya.

“Pergerakan K1M bukanlah berbentuk politik atau perkauman, tidak kira fahaman politik atau kaum semuanya mempunyai hak menyertai K1M secara sukarela.

“Begitu juga K1M yang ditubuhkan dalam kalangan pelajar sekolah yang telah banyak melahirkan pelajar lebih berwibawa dan berketramp­ilan dalam akademik dan aktiviti kokurikulu­m,” jelasnya.

Malah tambahnya, penglibata­n dalam kelab juga menjadikan mereka sebagai agen pendapat apabila terdedah kepada aktiviti advokasi awam dan penjelasan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

 ??  ?? ALMAIN (empat dari kanan) dan Swady (enam dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama AJK Penaja K1M Pulau Bum Bum.
ALMAIN (empat dari kanan) dan Swady (enam dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama AJK Penaja K1M Pulau Bum Bum.
 ??  ?? ALMAIN (tiga dari kanan) menerima dokumen penyerahan AJK Penaja K1M Pulau BumBum.
ALMAIN (tiga dari kanan) menerima dokumen penyerahan AJK Penaja K1M Pulau BumBum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia