Utusan Borneo (Sabah)

Aktif laksana anjakan paradigma pendidikan

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA BELUD: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berharap semua warga pendidik terlibat secara aktif dalam melaksanak­an anjakan paradigma sesuai dengan peredaran semasa.

Pengarah JPNS Datuk Maimunah Suhaibul berkata hal demikian kerana perubahan dalam arus pendidikan masa kini amat mencabar dan drastik.

Beliau berharap agar Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah (KGKS) menjadi wadah dan rakan kongsi dalam menangani perubahan itu.

“Usaha ini dapat dicapai apabila warga pendidik berperanan dan berfungsi sebagai alat utama ke arah merealisas­ikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Guru seharusnya berusaha melepaskan diri daripada kongkongan permikiran tradisiona­l. Sebaiknya, mengamal dan membudayak­an pemikiran era digital serta transforma­si,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Pelancaran Skim Perlindung­an KGKS dan Kempen Kesedaran Kepentinga­n Perlindung­an Takaful di sini pada Sabtu. Teks ucapannya disampaika­n Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS Abidin Marjan.

Maimunah berkata pemikiran tradisiona­l adalah satu halangan kepada lonjakan pencapaian perubahan senario pendidikan negeri.

Antara pemikiran tradisiona­l itu jelasnya, adalah pemikiran kepompong yang mementingk­an keselesaan, tidak berani mencipta kejayaan, pantang larang, berharap satu perubahan berlaku dengan sendirinya dan budaya tidak boleh yang menjadi halangan terbesar kepada perubahan.

“Oleh itu, pendidik perlu berubah daripada tidak baik kepada baik, lebih baik, sangat baik, terbaik, cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Bila kita memahami konsep dan hala tuju ini, maka kita berubah menjadi insan atau organisasi yang menerajui perubahan secara keseluruha­n,” katanya.

Turut hadir Presiden KGKS Hussien Basir dan wakil Takaful Great Eastrean Mohd Soffian Abdullah.

 ??  ?? DARI KIRI: Abidin dan Hussien menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah pada majlis itu.
DARI KIRI: Abidin dan Hussien menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia