Utusan Borneo (Sabah)

Trump, Duterte amat mesra di Manila

Isu hak asasi manusia menyelubun­gi sidang kemuncak dua hari di Filipina

-

MANILA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengisytih­arkan perhubunga­n hebat dengan rakan sejawatann­ya dari Filipina Rodrigo Duterte, yang mengakui dirinya pembunuh yang melancarka­n perang dadah berdarah, tatkala mereka bermesra di ibu negara Filipina.

Trump berada di Filipina bersama pemimpin 18 negara lain untuk sidang kemuncak dua hari pada bahagian terakhir jelajah Asia yang didominasi krisis nuklear Korea Utara dan dihantui skandal campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden AS tahun lepas.

Jelajah 12 hari itu membawa Trump dari Jepun ke Korea Selatan, China dan juga Vietnam.

Kumpulan hak asasi telah menyeru Trump untuk mengakhiri jelajah Asianya dengan kenyataan lantang mengecam perang dadah Duterte yang menyaksika­n polis dan sukarelawa­n keselamata­n membunuh ribuan suspek.

Tetapi kedua-duanya mempunyai siri pertemuan pada malam kelmarin dan pagi semalam di mana mereka kelihatan amat mesra, dengan Trump memuji Duterte, 72, semasa rundingan rasmi waktu makan tengah hari.

“Kami mempunyai hubungan yang hebat dan hasilnya amat memberangs­angkan,” kata Trump kepad Duterte dalam kenyataan perasmian ringkas pada pertemuan mereka.

“Saya benar-benar seronok berada di sini,” tambahnya ketika memuji penganjura­n persidanga­n tersebut.

Ketika para wartawan diiringi keluar dari bilik tersebut, salah seorang bertanya sama ada Trump akan membangkit­kan isu hak asasi manusia, lantas disampuk Duterte yang bergurau menggelar media sebagai ‘pengintip’ dan masing-masing tidak menjawab.

Jurucakap Duterte kemudian berkata, mesyuarat berlangsun­g lebih 40 minit dan Trump tidak membangkit­kan isu tersebut.

Sejak Duterte memerintah, polis dilaporkan membunuh 3,967 suspek dalam operasi antidadah manakala 2,290 lagi maut dalam jenayah berkaitan dadah.

Ribuan kematian lain bagaimanap­un masih belum diselesaik­an, menurut statistik kerajaan.

Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Manila semalam untuk memprotes kedua-dua pemimpin terbabit, di mana polis antirusuha­n meleraikan mereka dengan meriam air.

Ramai rakyat Filipina menyokong Duterte kerana mempercaya­i beliau mengambil langkah perlu untuk membantera­s jenayah tetapi kumpulan hak asasi memberi amaran beliau sebenarnya melakukan jenayah ke atas kemanusiaa­n.

Amnesty Internatio­nal menuduh polis menembak mati suspek tidak bersenjata dan membayar pembunuh upahan untuk menamatkan riwayat penagih dadah.

Duterte sendiri berbangga mengakui beliau pernah membunuh, terbaharu minggu lepas ketika berada di Vietnam untuk sidang kemuncak Kerjasama Eko-nomi Asia Pasifik (APEC).

“Pada usia 16 tahun saya sudahpun membunuh seseorang.

“Orang yang sebenar, satu pertengkar­an, satu tikaman, dan saya baharu berusia 16 tahun, hanya kerana satu renungan,” kata Duterte.

Duterte dan Trump duduk bersebelah­an semasa jamuan prapersida­ngan kelmarin di mana mereka berbual mesra.

Duterte turut menyanyika­n sebuah lagu cinta Filipina ketika menjadi tuan rumah para pemimpin dunia tatkala Filipina menjadi pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Acara semalam dan hari ini di Manila adalah dua sidang kemuncak berasingan anjuran ASEAN yang turut melibatkan China, Jepun, Rusia, Korea Selatan, India, Kanada, Australia dan New Zealand.

Dalam pada itu, Trump berbangga dengan pencapaian dagangan semasa jelajah lima negara Asia itu dan berikrar akan mendedahka­n langkah lebih besar apabila kembali ke Washington.

Beliau kerap mengecam perjanjian dagangan antarabang­sa sebagai tidak adil serta kurangnya rasa hormat terhadap AS dan para pemimpinny­a.

Tetapi berdiri di samping perdana menteri Jepun dan Australia di Manila semalam, nada beliau berubah.

“Cara mereka melayan kami, rasa hormat yang khususnya ditunjukka­n Jepun, China dan Korea Selatan apabila kami melawat mereka, menunjukka­n betapa hormatnya mereka terhadap rakyat kita.

“Dan kami amat menghargai­nya, di mana karpet merah dibentangk­an dalam cara yang tidak pernah disaksikan sebelum ini,” ujarnya ketika memuji layanan terhadapny­a di Tokyo, Seoul dan Beijing.

Di Jepun, beliau bermain golf dengan Perdana Menteri Shinzo Abe dan pemain nombor empat dunia Hideki Matsuyama, serta bertemu Maharaja Akihito. Di Korea Selatan, beliau mendapat tepukan berge-muruh semasa menyampaik­an ucapan di parlimen dalam lawatan rasmi pertama pemimpin AS dalam tempoh suku abad.

Di Beijing, beliau melawat Kota Larangan bersama Presiden Xi Jinping dan menyaksika­n persembaha­n Opera Peking. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Kaunselor Negara merangkap Menteri Luar Myanmar Aung San Suu Kyi, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc, Trump, Duterte, Perdana Menteri...
DARI kiri, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Kaunselor Negara merangkap Menteri Luar Myanmar Aung San Suu Kyi, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc, Trump, Duterte, Perdana Menteri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia