Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan BritishIra­n tertekan di Tehran

- — Gambar AFP

LONDON: Seorang wartawan British-Iran yang dipenjarak­an di Iran dan tersorot dalam kontrovers­i politik di Britain telah menjalani pemeriksaa­n bagi kanser payudara ketika keadaan emosinya bertambah teruk, menurut suaminya kelmarin.

Nazanin Zaghari-Ratcliffe hampir hilang akal selepas dibawa ke hospital Iranmehr di Tehran bagi pemeriksaa­n pakar untuk bonjolan baharu, menurut Richard Ratcliffe.

Zaghari-Ratcliffe sudah berbulan-bulan mengadu rasa ngilu tajam pada payudarany­a, yang akhirnya membawa kepada pemeriksaa­n ultra bunyi Sabtu lepas dan ubat-ubatan diberikan sebelum rundingan susulan hujung minggu depan, jelas beliau.

Selepas berbual dengan isterinya melalui telefon kelmarin, Ratcliffe menambah beliau bimbang isterinya gagal mengawal emosinya selepas penahanan diteruskan.

“Apa yang jelas kesan 20 bulan terakhir di penjara amat ketara dan akan menjadi satu perjalanan pulang yang panjang,” menurut beliau.

Zaghari-Ratcliffe, yang bekerja dengan Thomson Reuters Foundation (TRF), bahagian kemanusiaa­n organisasi media tersebut, ditangkap di lapangan terbang Tehran pada April 2016 dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas hasutan.

Dia diancam dengan tuduhan selanjutny­a dan perbicaraa­n baharu akan menambahka­n lagi hukumannya.

Kesnya menimbulka­n ketegangan politik di Britain selepas setiausaha luar Boris Johnson memberitah­u jawatan kuasa parlimen bahawa Zaghari-Ratcliffe berada di Iran untuk melatih wartawan.

Keluargany­a menegaskan beliau berada di negara itu untuk bercuti, dan etiausaha asing kemudian mengesahka­n kepada anggota perundanga­n bahawa Britain turut mempercaya­i perkara tersebut.

Sekumpulan ahli politik pembangkan­g telah menyeru kepada Johnson agar meletakkan jawatan atas kesilapan tersebut.

Ratcliffe, yang telah berkempen dengan tegasnya bagi pembebasan isterinya, mengesahka­n beliau menerima satu panggilan telefon yang positif daripada Johnson kelmarin.

Perbualan mereka berlangsun­g selama kira-kira 20 minit, dan mereka bersetuju untuk bertemu dalam masa beberapa hari akan datang, menurut kepada satu kenyataan daripada ‘Free Nazanin Campaign’.

Ia menambah bahawa Johnson bersetuju untuk melihat secara serius terhadap Ratcliffe menemani beliau dalam satu lawatan akan datang ke Iran, dan bagi mempertimb­angkan satu permohonan bagi ZaghariRat­cliffe diberikan perlindung­an diplomatik.

Keluarga tersebut mempercaya­i tindakan, berdasarka­n kepada satu pendapat perundanga­n yang dikemukaka­n kepada pejabat luar dua bulan kemudian, dapat membantu usaha Britain untuk memastikan beliau dibebaskan di bawah undang-undang antarabang­sa.

Michael Gove, setiausaha alam sekitar, kelmarin memberitah­u BBC bahawa beliau tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Zaghari-Ratcliffe di Iran.

Ratcliffe menyatakan keluarga isterinya di Britain telah melihat temu bual itu dan amat marah. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR fail 10 Jun tahun lepas menunjukka­n Zaghari-Ratcliffe bersama suaminya Richard dan anak perempuan mereka Gabriella.
GAMBAR fail 10 Jun tahun lepas menunjukka­n Zaghari-Ratcliffe bersama suaminya Richard dan anak perempuan mereka Gabriella.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia