Utusan Borneo (Sabah)

Tapak arkeologi purba Peru musnah terbakar

-

LIMA: Satu kebakaran telah memusnahka­n mural berusia 2,000 tahun dan sebahagian besar tapak arkeologi purba di utara Peru kelmarin, menurut pengarah Muzium Tumbas Reales de Sipan.

“Saya telah menerima berita yang mengejutka­n dan tragik mengenai satu kebakaran yang telah memusnahka­n monumen arkeologi Ventarron,” kata ketua muzium Walter Alva.

Kuil Ventarron berusia 4,500 tahun dan dianggap pe-nemuan tertua di Amerika.

Kebakaran telah memusnahka­n mural purba termasuk kapal tembikar dan rekod Kompleks Arkeologi Ventarron di Pomalca, dalam wilayah Lambayeque, ditunjukka­n melalui gambar di televisyen.

Para pekerja syarikat agropernia­gaan Pomalca mencetuska­n kebakaran ketika membakar sebuah ladang tebu.

“Kita telah kehilangan sebuah monumen pengecuali­an yang unik bagi generasiny­a,” menurut Alva, yang telah menemui kawasan itu pada 2007.

“Saya berharap terdapat satu siasatan dan menentukan siapa yang bertanggun­gjawab.”

“Saya hanya menyuaraka­n kemarahan dan kesedihan atas kehilangan yang amat besar ini,” tambahnya.

Anggota bomba menyatakan kebakaran itu telah terkawal 95 peratus.

Pendakwa raya telah pergi ke kawasan itu untuk menilai liabiliti bagi pihak pentadbir Pomalca. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail serahan perkhidmat­an berita nasional Peru Andina baru-baru ini memaparkan Alva menunjukka­n mural yang dipercayai tertua di Amerika, di sebah kuil di Chiclayo, lebih 1,000 kilometer utara Lima. — Gambar AFP
GAMBAR fail serahan perkhidmat­an berita nasional Peru Andina baru-baru ini memaparkan Alva menunjukka­n mural yang dipercayai tertua di Amerika, di sebah kuil di Chiclayo, lebih 1,000 kilometer utara Lima. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia