Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan terus berkabung di Texas

-

WASHINGTON: Seminggu selepas kejadian tembakan beramai-ramai terburuk dalam sejarah Texas, ratusan berkumpul berhampira­n dengan First Baptist Church diSutherla­nd Springs bagi upacara sembahyang pagi Ahad ketika orang ramai yang berkabung cuba menyembuhk­an diri dengan berdoa.

Diadakan di dalam sebuah khemah putih besar di sebuah padang besbol beberapa blok dari gereja, kira-kira 700 mendengar khutbah paderi Frank Pomeroy dan menyanyika­n lagu-lagu rohani, menurut laporan media tempatan.

“Saya mengenali semua orang yang menyerahka­n nyawa mereka pada hari tersebut.

“Sebahagian daripada mereka adalah teman baik saya, dan juga anak perempuan saya,” Pomeroy menyatakan dengan penuh emosi kepada para jemaah, lapor San Antonio Express-News.

Anak perempuan Pomeroy, Annabelle Renee Pomeroy, 14, salah seorang daripada 26 orang yang terkorban pada 5 November ketika lelaki bersenjata Devin Kelley melepaskan tembakan dengan raifal serangan di gereja, 30 batu tenggara San Antonio.

“Saya percaya mereka sedang menari bersama dengan Jesus pada hari ini,” tambah paderi tersebut, turut disertai Senator John Cornyn dan paderi tempatan Mark Collins.

Orang ramai, yang termasuk mangsa dan keluarga mereka, setiap seorang menerima sekeping kertas doa bercetak yang diletakkan dalam beg plastik, lapor Express-News.

“Tuhan, sembuhkanl­ah kesakitan, berada di samping mereka yang bersendiri­an selepas kehilangan orang tersayang mereka.

“Berikan mereka kekuatan untuk meneruskan hidup,” menurutnya.

Lewat kelmarin, tugu penghormat­an sementara dibuka di dalam gereja.

Dibersih, dikemas dan dicat sepenuhnya dengan warna putih oleh anggota sukarelawa­n, ia mempunyai 26 kerusi kosong, ditemani dengan rakaman khutbah sebelum ini yang dipasang sebagai latar belakang.

Nama mangsa yang ditulis dengan warna emas dan disusun di tempat di mana mereka duduk semasa sembahyang, setiap satu kerusi turut dihiasi dengan sekuntum bunga mawar.

“Saya tidak pernah melihat ini dilakukan dalam kejadian buruk lain.

“Namun saya ingin dunia untuk mengetahui bahawa bangunan itu akan dibuka supaya semua orang yang masuk ke dalam sana mengetahui bahawa mereka yang terkorban hidup untuk Tuhan dan penyelamat mereka,” menurut Pomeroy, lapor Washington Post.

Penembak tersebut Devin Kelley, 26, telah menerima pemecatan atas kelakuan buruk dari Pasukan tentera Udara AS selepas dihadapkan dalam mahkamah tentera pada 2012 dan disabitkan atas keganasan domestik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia