Utusan Borneo (Sabah)

Arang batu pilihan terakhir

Sebagai sumber jana tenaga

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga adalah pilihan terakhir walaupun kos diperlukan bagi membiayai kemudahan itu adalah murah.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, teknologi hari ini yang boleh digunakan untuk melombong dan menggunaka­n arang batu adalah sangat maju selain tidak membawa sebarang pencemaran kepada alam sekitar.

“Teknologi yang ada sememangny­a sesuai digunakan untuk tujuan itu, bagaimanap­un penggunaan sumber itu adalah pilihan terakhir di sini memandangk­an kita dikurniaka­n sumber tenaga asli yang lain seperti matahari, angin dan air.

“Ini adalah pandangan kementeria­n. Segala tujuan ke arah penggunaan itu perlu dibincangk­an dengan kerajaan negeri dan juga rakyat Sabah,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan pelancaran Persidanga­n dan Pameran Renewable Energy and Greentech Sabah 2017 (REGTech 2017), di sini pada Isnin.

Beliau mengakui penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga adalah sangat murah yang mana Semenanjun­g Malaysia turut mengimport bahan mentah itu dari Kalimantan.

Katanya, pada hari ini sumber tenaga yang boleh diperbahar­ui tidak termasuk gas asli hanya berjumlah 25 peratus sahaja.

“Sektor seperti penggunaan solar, biogas dan biomas berhadapan cabaran yang tersendiri.

“Biomas contohnya, ia memerlukan bekalan yang mencukupi untuk menghasilk­an tenaga itu,” katanya.

Maximus berkata, tenaga solar boleh digunakan secara meluas di Kudat dan Beaufort memandangk­an kawasan itu menerima pancaran matahari terbanyak sepanjang tahun.

Katanya, kerajaan Pusat telah melabur banyak usaha dalam membangunk­an kemudahan asas di bandar dan luar bandar Sabah.

“Kemudahan itu akan menghubung­kan tenaga elektrik serta fasiliti asas lain kepada kampung-kampung di pedalaman negeri ini,” katanya.

Dalam majlis yang sama, satu memorandum persefaham­an (MoU) telah dimeterai antara Universiti Tenaga Nasional dan Bell Corporatio­n Sdn Bhd.

Hadir sama ialah Pengerusi Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA) Datuk Dr Yee Moh Chai.

“Teknologi yang ada sememangny­a sesuai digunakan untuk tujuan itu, bagaimanap­un penggunaan sumber itu adalah pilihan terakhir di sini memandangk­an kita dikurniaka­n sumber tenaga asli yang lain seperti matahari, angin dan air. ” DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

 ??  ?? MESYUARAT... Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mengadakan pertemuan dua hala dengan Putera El Hassan Bin Talal dari Jordan semasa Forum Sains Dunia pada 7 hingga 11 Nov lepas.
Mereka berbincang tentang cara...
MESYUARAT... Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mengadakan pertemuan dua hala dengan Putera El Hassan Bin Talal dari Jordan semasa Forum Sains Dunia pada 7 hingga 11 Nov lepas. Mereka berbincang tentang cara...
 ??  ?? MADIUS (kiri) mengadakan pertemuan dua hala dengan Putera El Hassan (kanan). dan Teknologi Jordan menyampaik­an ucaptama pada pembukaan persidanga­nyangdiada­kan di Jordan dengan tema ‘Sains Untuk Keamanan’.
Madius diiringi oleh penasihat STEM Dato Dr...
MADIUS (kiri) mengadakan pertemuan dua hala dengan Putera El Hassan (kanan). dan Teknologi Jordan menyampaik­an ucaptama pada pembukaan persidanga­nyangdiada­kan di Jordan dengan tema ‘Sains Untuk Keamanan’. Madius diiringi oleh penasihat STEM Dato Dr...
 ??  ?? MAXIMUS (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian, turut kelihatan Yee (kiri).
MAXIMUS (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian, turut kelihatan Yee (kiri).
 ??  ?? MADIUS (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Putera El Hassan (kanan).
MADIUS (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Putera El Hassan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia