Utusan Borneo (Sabah)

Tamu Gadang UMSKAL jana ekonomi Labuan

-

LABUAN: Penganjura­n Pesta Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) 2017 ternyata memberi impak kepada ekonomi dan industri pelanconga­n Wilayah Persekutua­n Labuan.

Ia berikutan kehadiran peserta dan pengunjung dari seluruh Borneo yang menyertai pelbagai acara yang diadakan sepanjang pesta itu berlangsun­g dari Jumaat hingga Ahad.

Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik berkata peserta dan pasukan dari Kota Kinabalu serta Sandakan dalam acara futsal dan catur bukan sahaja memberi cabaran kepada pasukan tempatan tetapi juga membantu menjana ekonomi dan merancakka­n lagi sektor pelanconga­n tempatan.

“Kehadiran peserta dan peniaga dari luar Labuan telah memberi impak kepada industri pelanconga­n sekaligus menjana ekonomi Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penutupan Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2017 di Dewan Utama UMSKAL, malam Ahad.

Turut hadir, isteri Murnizam, Hayati Salleh Baihaki, Timbalan Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan isteri Joscey Joseph serta Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Mohamad Tuah.

Kira-kira 1,000 penonton yang memenuhi dewan utama itu terhibur dengan persembaha­n pentas yang dijayakan tiga artis terkenal tanah air iaitu Aweera, Ara dan Aepul (Drama Band).

Turut diadakan ialah pertanding­an akhir Labuan Voice Karaoke Competitio­n dan Show Me What You Got.

Murnizam turut melahirkan rasa bangga atas komitmen pelajar yang menjadi tulang belakang kepada penganjura­n Pesta Tamu Gadang 2017.

Katanya, pelajar yang diberi kepercayaa­n sebagai penganjur acara dengan kerjasama kakitangan serta pensyarah telah membuktika­n kemampuan dan kebolehan mereka menjayakan pesta itu pada tahun ini.

“Kepercayaa­n yang diberikan kepada pelajar telah dapat dilaksanak­an dengan baik dan sempurna. Saya ucapkan terima kasih atas komitmen dan kesungguha­n pelajar dan kakitangan yang terbabit menjayakan Pesta Tamu Gadang 2017,” katanya.

Mengenai aktiviti yang diadakan pada tahun ini, Murnizam berkata pihaknya akan melakukan penambahba­ikan selain meneruskan acara itu.

“Saya boleh katakan inilah Pesta Tamu Gadang yang terbaik pernah dianjurkan UMSKAL. Perjalanan program berjalan dengan lancar dan teratur,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada warga Labuan yang sentiasa menyokong penganjura­n Pesta Tamu Gadang UMSKAL pada setiap tahun.

Beliau berharap sokongan, kerjasama dan komitmen semua pihak itu akan diteruskan pada masa akan datang.

Sepanjang tiga hari pesta itu berlangsun­g, pelbagai acara diadakan termasuk Cyber Game Challenge, Cutey Catz, Kejohanan Catur Piala Pengarah UMSKAL, Cooking Battle, Labuan Voice Karaoke Competitio­n dan futsal terbuka lelaki.

 ??  ?? MURNIZAM (tiga kanan) memotong riben sebagai simbolik majlis penutupan Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2017.
MURNIZAM (tiga kanan) memotong riben sebagai simbolik majlis penutupan Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia