Utusan Borneo (Sabah)

KFC raih emas buat kali ketiga berturut-turut

- -Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR : Buat tahun ketiga berturuttu­rut, KFC Malaysia berjaya menawan tempat teratas menerusi kategori “Restoran & Makanan Segera” di dalam anugerah berprestij, Putra Brand Awards. Penganuger­ahan emas berkenaan mengesahka­n kedudukan KFC sebagai jenama nombor satu selain mengiktira­f kepercayaa­n daripada para pengguna terhadap jenama berkenaan.

Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Mohamed Azahari Kamil, berkata, kami amat bersyukur kerana dapat berada dikalangan jenamajena­ma terpilih dan berbesar hati untuk membawa pulang anugerah emas ini buat tahun ketiga berturut-turut.

“Bukan mudah untuk memenangi hati pelanggan di dalam industri yang serba kompetitif ini. Mereka merupakan nadi kami, dan ini semua dibantu oleh para kakitangan yang menjadi tulang belakang kepada perniagaan kami,”

“Saya amat menghargai sokongan berterusan yang ditunjukka­n dari kedua-dua pihak baik daripada pelanggan mahupun kakitangan kami sendiri,”

“Kami komited untuk terus membawakan detik-detik istimewa KFC kepada rakyat Malaysia dan akan sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi terhadap produk serta memperting­kat perkhidmat­an bagi menawarkan pengalaman terbaik kepada para pelanggan,” katanya.

Dilancarka­n pada tahun 2010, Putra Brand Awards merupakan sebuah inisiatif oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklana­n Bertauliah Malaysia (4As) bagi mengiktira­f jenama tempatan dan antarabang­sa yang paling dekat di hati rakyat Malaysia, dengan menilai jenama mengikut pilihan pelanggan.

Malam gala Putra Brand Awards yang berlangsun­g di Majestic Hotel pada 2 November telah menganuger­ahkan 39 anugerah emas, 40 anugerah perak, dan 51 anugerah gangsa kepada jenama-jenama pilihan Malaysia menerusi 24 kategori beserta lima anugerah kategori khas.

Anugerah ini disokong oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysis (MATRADE) dan merupakan satu-satunya anugerah berdasarka­n pilihan orang ramai.

 ??  ?? KFC Malaysia berjaya menawan tempat teratas menerusi kategori ‘Restoran & Makanan Segera’ di dalam anugerah berprestij, Putra Brand Awards.
KFC Malaysia berjaya menawan tempat teratas menerusi kategori ‘Restoran & Makanan Segera’ di dalam anugerah berprestij, Putra Brand Awards.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia