Utusan Borneo (Sabah)

Tarang Gupta dilantik Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia

-

PETALING JAYA: Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) semalam telah mengumumka­n pelantikan Tarang Gupta sebagai pengarah urusan yang baharu, berkuatkua­sa 1 Januari 2018.

Beliau menggantik­an Saw Chooi Lee yang telah memberikan perkhidmat­an cemerlang menerajui syarikat di Malaysia sepanjang tiga tahun lalu.

Tarang merupakan pengarah pemasaran FrieslandC­ampina Nigeria Plc sejak Julai 2014. Sebelum itu, beliau merupakan pengarah pemasaran antarabang­sa – Infant & Toddler Nutrition (ITN) untuk FrieslandC­ampina AMEA, Singapura dari 2010-2014.

Tarang adalah graduan Institute for Technology & Management, Bangalore, India, dan mempunyai pengalaman selama 16 tahun dalam bidang komersil, termasuk berkhidmat dengan Sara Lee Internatio­nal, Kuala Lumpur.

Manakala Chooi Lee pula akan kekal dalam lembaga pengarah Dutch Lady Malaysia sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuatkua­sa 1 Januari 2018.

Chooi Lee menyertai syarikat pada Mac 2003 sebagai pengarah komersil untuk Dutch Lady Malaysia.

Beliau menjadi pengurus besar FrieslandC­ampina Hong Kong pada 2008 dan dinaikkan pangkat menjadi pengarah urusan FrieslandC­ampina China pada 2011, sebelum kembali untuk mengetuai perniagaan di Malaysia dan Singapura sejak 2015.

-Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

 ??  ?? TARANG
TARANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia