Utusan Borneo (Sabah)

Rahman SS berharap Jika Benar Cinta Berputik diterima ramai

- Oleh AMIR ANUAR

MEMPERTARU­HKAN lagu bertajuk ‘Jika Benar Cinta Berputik’, penyanyi tempatan Rahman SS berharap buah tangannya itu diterima ramai khususnya pecinta seni muzik tanahair.

Rahman SS atau nama sebenarnya Abdul Rahman Daud berkata kepada Utusan Borneo, lagu itu kini berada di dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS2017).

Menurutnya, orang ramai boleh mengundi lagu terbabit di Sabahfm Clas Facebook untuk membantu memastikan ‘Jika Benar Cinta Berputik’ terus kekal di dalam carta lagu.

Artis berumur 39 tahun berasal dari Pulau Sebatik Tawau ini berkata lagu itu dihasilkan oleh komposer Mrdd Dmstudio manakala liriknya oleh Putra Hafiez Ek Joe Rocasia.

“Saya berterima kasih kepada semua yang mengundi lagu ini dan teruslah mengundi,” katanya, merujuk carta CLAS2017 yang bersiaran di Sabahfm, setiap Sabtu jam 10 pagi.

Selain ‘Jika Benar Cinta Berputik’, Rahman SS turut mempunyai sebuah lagi lagu yang dirakamkan di Radical Record, Kuala Lumpur pada 2016 iaitu ‘Dendam Bila’.

Beliau berkata, lagu ‘Dendam Bila’ dicipta oleh Rosli Ahmad @ Radical Starz Search dan disiarkan di radio-radio saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) seluruh negara.

“Lagu Jika Benar Cinta Berputik dan Dendam Bila ini bergenreka­n Pop Rock,” katanya sambil berharap warga Tawau juga memberikan sokongan kepada dirinya dalam arena seni.

Rahman SS turut merakamkan penghargaa­n kepada akhbar Utusan Borneo kerana memberikan dukungan kepada perjalanan seni artis-artis tempatan.

 ??  ?? RAHMAN SS berharap orang ramai mengundi lagu‘Jika Benar Cinta Berputik’dalam Carta Lagu Artis Sabah CLAS2017 di Sabahfm.
RAHMAN SS berharap orang ramai mengundi lagu‘Jika Benar Cinta Berputik’dalam Carta Lagu Artis Sabah CLAS2017 di Sabahfm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia