Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Aqerat’ papar nasib malang pelarian Rohingya

-

PELARIAN Rohingya meninggalk­an Myanmar untuk kehidupan baharu di Malaysia hanya untuk mengalami keganasan yang berterusan dalam filem ‘Aqerat’, yang melakar potret rumit seorang wanita muda yang terjebak dalam pemerdagan­gan manusia.

Kebanjiran pendatang Rohingya ke Bangladesh telah menarik tumpuan sejak beberapa bulan lalu, tetapi ia adalah nasib ‘orang bot’ Rohingya dua tahun lalu yang mendorong pengarah Edmund Yeo untuk membuat filem itu.

Yeo berkata berita tentang kubur besarbesar­an bagi orang yang kebanyakan­nya dipercayai mangsa pedagang manusia berbangsa Rohingya yang dijumpai dekat sempadan Malaysia dengan Thailand pada 2015 menarik perhatiann­ya kepada keadaan pendatang dari negara-negara jiran.

“Ia mendorong saya untuk menerokai lebih lanjut apa sebenarnya yang telah berlaku,” kata Yeo di satu sesi soal jawab selepas tayangan perdana dunia bagi filem itu dalam bahagian pertanding­an utama di Festival Filem Antarabang­sa Tokyo baru-baru ini.

“Saya menyedari iaitu ketika mereka cuba lari dari negara mereka sendiri, kebanyakan mereka datang ke Malaysia untuk kehidupan yang lebih baik, tetapi sebenarnya kehidupan tidak lebih baik bagi mereka,” kata Yeo.

‘Aqerat’ mengisahka­n Hui Ling, lakonan aktres Malay-sia, Daphne Low, seorang wanita muda yang bersusahpa­yah menyimpan duit untuk berpindah ke Taiwan – sehingga teman sebiliknya dan teman lelaki kawannya itu yang suka mendera melarikan wang simpananny­a.

Kerana terdesak untuk mendapatka­n wang, dia mula bekerja untuk satu sindiket penyeludup­an manusia, tetapi kerja itu begitu membebani emosi apabila dia menyaksika­n serangan yang ganas dan kematian.

Yeo memilih tajuk ‘Aqerat’ selepas mengetahui ia bermaksud ‘kehidupan selepas kematian’ dalam bahasa Rohingya, sama dengan perkataan Melayu bagi maksud yang sama, ‘akhirat’.

“Mereka cuba lari dari Myanmar, mereka cuba mencari kehidupan selepas kematian,” katanya. “Adakah Malaysia tempat kehidupan mereka selepas kematian?”

‘Aqerat’ akan ditayangka­n seterusnya di festival filem antarabang­sa di Singapura dan negeri Kerala, selatan India.

Yeo tidak asing kepada Festival Filem Antarabang­sa Tokyo, di mana filem cerita sulungnya, ‘River of Exploding Durians’ mengadakan tayangan perdana dalam pertanding­an pada 2014.

Dia juga mempunyai satu dokumentar­i mengenai pengarah filem Malaysia, Yasmin Ahmad, dipanggil ‘Yasmin-san’, yang mengadakan tayangan perdana di festival pada tahun ini. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia