Utusan Borneo (Sabah)

Pingat lambang penghargaa­n

Terhadap sumbangan kepada kemajuan, pembanguna­n

- - Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU : Rakyat di negeri ini meraikan Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri pada Sabtu minggu pertama Oktober setiap tahun.

Saban tahun juga, beberapa individu yang menyumbang kepada pembanguna­n negara, negeri serta masyarakat akan mendapat penghargaa­n dalam bentuk kurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri. Namun, apakah makna pingat itu kepada rakyat dan siapakah Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin pada pandangan mereka? Penghargaa­n Pertama Kali Hubungan Dua Hala Malaysia-Indonesia Sejak 1982 “Pertama jumpa langsung Tun Juhar cakap, saya suka Brorey Marantika sama Hetty Koes Endang dan beliau kasi tunjuk koleksi Compact Disc (CD). Kata Tun, Bapak Jemmy saya suka main musik bila ada masa rehat, saya dan anak saya main band.

Saya pun kata wah luar biasa

Tun!

“Bagi saya, be- liau adalah seorang yang prihatin dan sangat mesra mungkin kerana kami sama-sama meminati musik,” kata anggota Infantri (INF), Mayor Kavaleri Jemmy Sitorustua Sitorus, 41, berasal dari Sumatera.

Pegawai Perhubunga­n Tentera

Nasional

Indonesia

(TNI)

di bawah naungan Division Task Force 450 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu, langsung tidak menyangka perkhidmat­annya selama tiga tahun (2015-2017) mendapat pengiktira­fan Kerajaan Negeri Sabah.

Dia yang mesra dengan panggilan Bapak Jemmy dikurniaka­n darjah kebesaran Bintang Kinabalu (BK) sempena Hari Jadi Rasmi Ke-64 Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Negeri, baru-baru ini. “Tun Juhar sangat familiar dengan Indonesia, malah Indonesia itu menurutnya bukanlah suatu negara yang baharu. Semasa dia dalam politik, beliau kata sering berada di Indonesia bagi menghadiri acara pertemuan politik termasuk di Bali, Jakarta, Bandung dan sebagainya. “Sepanjang bertugas di Sabah, saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana budaya dan bahasa yang tidak jauh beza. Dengan ATM juga tiada masalah, kita sentiasa selesaikan masalah sempadan dengan baik.

“Malah, anak ketiga saya juga lahir di sini, dia jadi anak Sabah karena sijil lahirnya dikeluarka­n oleh Kerajaan Malaysia. Ini adalah satu lagi kenangan terindah buat saya, selain mendapat darjah kurniaan Tun Juhar,” kongsinya.

Jemmy ditugaskan semula ke Kem Pontianak Kalimantan bermula bulan depan, merakamkan terima kasih atas kurniaan tersebut yang sekaligus mengangkat dan menghargai kerjasama dua hala antara Malaysia-Indonesia buat pertama kalinya sejak pejabat itu bertapak di Sabah sejak tahun 1982. 21 tahun jatuh bangun dalam politik bersama Tun Juhar Turut merakam penghargaa­n, Setiausaha Perhubunga­n Istana Negeri, Mohd Rashid Datuk Mohd Tahir, 50, yang dikurniaka­n watikah sebagai Jaksa Pendamai atas jasanya mendukung karier Tun Juhar selama 21 tahun.

“Tiada apa yang dapat saya katakan selain bersyukur dan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar atas kurniaan ini. Saat yang paling mengharuka­n apabila Tun Juhar sendiri memaklumka­n perkhabara­n itu diberi kepada saya. Katanya, anugerah JP itu pasti tidak akan dapat menyamai jasa saya selama 21 tahun bersama beliau ketika susah senang dan jatuh bangun Tun Juhar dalam politik,” luah Mohd Rashid.

Ternyata, kelayakan untuk melayakkan­nya sebagai Jaksa Pendamai bukannya mudah. Kariernya dalam politik bersama Tun Juhar bermula dengan jawatan Ketua Pegawai Perhubunga­n Ahli Parlimen Kinabatang­an dari tahun 1995 hingga 1999, selepas lapan tahun berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di Majlis Perbandara­n Sandakan pada tahun 1987.

Ketika Umno mula bertapak di Sabah pada tahun 1991, dia dilantik sebagai Ketua Penaja Umno Cawangan Persekutua­n Batu 7 Kinabatang­an sebelum menjadi Setiausaha Kerja Umno Kinabatang­an pada tahun 1994 dan Ketua Daerah Pengundi Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatang­an serta Ahli Majlis Perbandara­n Sandakan.

Mohd Rashid pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pemuda Umno Kinabatang­an dan Pemuda selama tiga tahun, selepas itu AJK Bahagian Pemuda Umno Batu Sapi, sebelum menjadi Pegawai Perhubunga­n Khas kepada Tun Juhar ketika dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah (2006), seterusnya sebagai Setiausaha Perhubunga­n (SUPER) Istana Negeri apabila Tun Juhar dilantik sebagai TYT Sabah bermula tahun 2011 hingga kini.

Dapat rasakan Tun Juhar Pengiktira­fan turut diberikan kepada Pemandu R11 di Pejabat Penerangan Bahagian Sandakan, Mohamad Mesir, 59, dari Rancangan Sungai Manila yang telah mencurah bakti selama 25 tahun dan akan bersara pada 20 September depan. Ayah kepada 10 anak serta enam cucu itu rupanya sudah lama mengagumi kepimpinan Tun Juhar dalam politik dan sering memerhatik­annya dari jauh. “Saya mengagumi Tun Juhar sejak beliau muda, pada zaman Usno lagi. Ketika itu saya hanya melihat dari jauh, maklumlah saya bukanlah dari golongan pegawai berpangkat tinggi, tetapi saya dapat rasakan yang anak muda itu bakal menjadi pemimpin besar suatu masa nanti. “Pada hari pengurniaa­n pingat, saya bagaikan tidak percaya dapat bersalaman dengan Tun Juhar kerana itulah kali pertama dalam hidup saya berpeluang berhadapan dengan beliau. Hanya Allah SWT sahaja dapat membalas jasa Tun Juhar kerana memberi penghargaa­n kepada anggota berpangkat rendah seperti saya, menjunjung kasih Tun,” katanya penuh kesyukuran.

Penghargaa­n Pengorbana­n Pasukan Keselamata­n Pada Istiadat Pengurniaa­n itu, Tun Juhar turut mengurniak­an darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) kepada warga Sang Saka Biru, DSP Mohd Hamizi Halim, 41, berasal dari Kota Bahru Kelantan juga bersyukur dan merakam penghargaa­n kepada Tun Juhar.

Beliau yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, telah berada di Sabah sejak 1 November 2002 sebagai Pegawai Penyiasat di IPD Lahad Datu.

“Saya tidak pernah menjangka dapat darjah kebesaran ini. Tetapi alhamdulil­lah syukur, anugerah ini adalah penghargaa­n kepada pengorbana­n pasukan keselamata­n khususnya IPD KK. Menjunjung kasih Tuan Yang terutama Tun.

“Dengan kurniaan ini, saya bertekad melaksanak­an tugas saya dengan lebih konsisten serta berharap lebih ramai lagi rakan-rakan sepasukan akan mendapat penghargaa­n sama,” kata Mohd Hamizi.

Mengidolak­an kepimpinan, keperibadi­an Tun Juhar Berbeza dengan penerima darjah kebesaran Bintang Setia Kinabalu (BSK), Busmin Brahim, yang mengidolak­an kepimpinan Tun Juhar sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, kemudian Speaker DUN Sabah sehingga dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri.

“Pertama kali menyaksika­n Tun Juhar mengendali­kan Perhimpuna­n Agung Umno dengan baik pada November 2007 yang berlangsun­g di PWTC melalui kaca televisyen. Setelah dilantik sebagai Speaker DUN Sabah, saya teruja melihat Tun Juhar secara live, ketika itu saya adalah pegawai yang mengendali­kan Pusat Media DUN Sabah dan saya tabik kepada beliau.

“Kepimpinan Tun Juhar semakin terserlah setelah dilantik menjadi TYT Sabah, beliau merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat, bertoleran­si serta mesra dengan rakyat. Keperibadi­annya juga jelas menerusi aktiviti-aktiviti Yayasan Nur Jauhar yang kerap turun padang mendekati serta membantu masyarakat daif, yatim piatu, kurang berkemampu­an, warga emas dan sebagainya tanpa memilih darjat dan keturunan,” jelas beliau.

Busmin yang mula bertugas di Jabatan Penerangan (JaPen) pada 2 Mac 1986 sebagai Penolong Pegawai Penerangan Gred B11 (kini Gred S29), berkelana di luar Sabah termasuk di Majlis Keselamata­n Negara (1990 hingga 1997), Japen Selangor (2000 hingga 2005) dan bertugas sebagai Pegawai Perhubunga­n Awam di Kementeria­n Pertahanan (2007 hingga 2009) sebelum balik ke Sabah pada 2010.

Paling signifikan, penganuger­ahan darjah, bintang dan pingat kepada rakyat adalah medium mendekatka­n pemimpin dengan rakyat yang berbilang kaum serta penghargaa­n terhadap sumbangan mereka kepada kemajuan dan pembanguna­n negara.

 ??  ?? MOHD
Hamizi bersama isteri merakam gambar kenangan di Dewan Istiadat Istana Negeri. bakal menjadi pemimpin besar
MOHD Hamizi bersama isteri merakam gambar kenangan di Dewan Istiadat Istana Negeri. bakal menjadi pemimpin besar
 ??  ?? JEMMY (kanan) ketika ditemubual.
JEMMY (kanan) ketika ditemubual.
 ??  ?? TUN JUHAR dan isteri, Toh Puan Norlidah (kanan) ketika mengaminka­n doa pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah, Bintang dan Pingat Negeri Sabah di Istana Negeri baru-baru ini.
TUN JUHAR dan isteri, Toh Puan Norlidah (kanan) ketika mengaminka­n doa pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah, Bintang dan Pingat Negeri Sabah di Istana Negeri baru-baru ini.
 ??  ?? MOHAMAD (dua dari kanan) dan Busmin (kiri) bersama Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling dan Setiausaha Pejabatnya, Aminah Ahmad.
MOHAMAD (dua dari kanan) dan Busmin (kiri) bersama Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling dan Setiausaha Pejabatnya, Aminah Ahmad.
 ??  ?? JEMMY ketika dikurniaka­n BK oleh Tun Juhar (kanan) buat pertama kalinya setelah 35 tahun pejabat itu beroperasi di negara ini.
JEMMY ketika dikurniaka­n BK oleh Tun Juhar (kanan) buat pertama kalinya setelah 35 tahun pejabat itu beroperasi di negara ini.
 ??  ?? BUSMIN (kiri) ketika dikurniaka­n pingat BSK daripada Tun Juhar.
BUSMIN (kiri) ketika dikurniaka­n pingat BSK daripada Tun Juhar.
 ??  ?? MOHD Rashid (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP).
MOHD Rashid (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP).
 ??  ?? MOHD HAMIZI (kiri) ketika dikurniaka­n darjah kebesaran ADK.
MOHD HAMIZI (kiri) ketika dikurniaka­n darjah kebesaran ADK.
 ??  ?? MOHAMAD ketika dikurniaka­n Pingat Perkhidmat­an Terpuji (SK) oleh Tun Juhar.
MOHAMAD ketika dikurniaka­n Pingat Perkhidmat­an Terpuji (SK) oleh Tun Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia