Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Ragbi Victoria anjur ‘Get Into Rugby’ untuk murid sekolah rendah Labuan

-

LABUAN: Program ‘Get Into Rugby’ yang dilaksanak­an oleh Kelab Ragbi Victoria dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Labuan dan Persatuan Ragbi Labuan telah menerima 120 penyertaan dari tujuh buah sekolah rendah di Wilayah Persekutua­n Labuan termasuk Labuan Internatio­nal School.

Seramai 30 tenaga pengajar GIR dari Kelab Ragbi Victoria dan pelajar SMK Mutiara bergabung mengendali­kan program tersebut.

Program ‘Get Into Rugby’ ini adalah untuk menggalakk­an pemain dari semua peringkat umur untuk Try, Play and Stay in Rugby.

‘Get into Rugby’ akan mempromosi­kan nilai-nilai permainan dan memastikan kanak-kanak digalakkan untuk mencuba sukan ragbi dalam persekitar­an yang selamat dan progresif.

Ianya membuka peluang untuk murid mencuba dan menikmati permainan ragbi.

Pendedahan awal kepada permainan akan mewujudkan lebih banyak pemain ragbi dan peminat yang berkualiti di seluruh Labuan dengan mengambil kira aspek penting di dalam ragbi iaitu integrity, respect, solidarity, passion dan discipline.

Pada penganjura­n kali ini, SJK (C) Chi Wen telah menghantar peserta paling ramai iaitu 39 orang.

Menurut Guru Besar SJK(C) Chi Wen, Julius Voo Jiunn Jye sekolah itu bakal menubuhkan sebuah kelab ragbi di peringkat sekolah bagi melaksana dan mengambil bahagian dalam program pembanguna­n sukan ragbi di Labuan.

Antara sekolah yang menyertai program itu ialah SK Kerupang (36 peserta), SK Pantai (15 peserta), S.K Lubok Temiang (9 peserta), S.K Rancha-Rancha (12 peserta), S.K Bebuloh (8 peserta) dan Labuan Internatio­nal School (seorang).

Presiden Kelab Ragbi Victoria, Mikelson Jagger Johnny @ ayah berkata, program ini merupakan salah satu agenda kelab dalam mempromosi­kan sukan ragbi di Labuan.

Beliau mengucapka­n terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Pendidikan Labuan, Raisin Saidin, Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Labuan, Awang Mat Zain, Pengerusi Teknik Sukan Ragbi Labuan, Sylvester Binson dan Presiden Persatuan Ragbi Labuan, Puan Mardina Kassim, kerana telah bersama-sama menjayakan program ‘Get Into Rugby’ pada kali ini.

 ??  ?? PARA peserta, tenaga pengajar ‘Get Into Rugby’ dan ibu bapa bergambar kenang-kenangan selepas tamat program.
PARA peserta, tenaga pengajar ‘Get Into Rugby’ dan ibu bapa bergambar kenang-kenangan selepas tamat program.
 ??  ?? PESERTA dari SK Kerupang, Abdullah Azfar menunjukka­n bakat bermain ragbi.
PESERTA dari SK Kerupang, Abdullah Azfar menunjukka­n bakat bermain ragbi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia