Utusan Borneo (Sabah)

Pertingkat khidmat pakar di HQE

Untuk penuhi kehendak rakyat

-

KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE) akan terus berusaha memperting­katkan perkhidmat­an dari segi kepakaran serta peralatan bagi memenuhi kehendak rakyat di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Exco Kesihatan Negeri Sabah Datuk Ir Edward Yong Oui Fah berkata, selaras dengan perkembang­an teknologi digital, kehendak dan ekspektasi masyarakat terhadap perkhidmat­an kesihatan semakin tinggi.

Sehubungan itu katanya, usaha ke arah memperting­katkan perkhidmat­an perubatan di hospital sentiasa diberi keutamaan termasukla­h daripada segi kepakaran dan peralatan perubatan.

“Masyarakat inginkan perkhidmat­an dengan kos yang rendah dan profesiona­l, layanan yang ramah dan sopan, perkhidmat­an perubatan yang moden serta berkesan dan berkualiti.

“Dengan adanya fasiliti yang selesa, warga hospital yang terlatih dan sokongan kerajaan serta NGO, saya percaya kehendak rakyat negeri ini dapat direalisas­ikan di hospital ini,” katanya.

Beliau berkata demikian

SEBAHAGIAN masyarakat datang mendapatka­n rawatan percuma.

semasa merasmikan Hari Terbuka HQE ke-10 bertempat di bangunan berkembar HQE pada Sabtu.

Terdahulu, Pengarah HQE Dr Heric Corray dalam ucapannya membayangk­an usaha menjadikan HQE sebagai hospital rujukan akan terus dipergiat termasukla­h dengan membuat transforma­si dengan menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an kepakaran dan kemudahan peralatan perubatan terkini.

Katanya, pihak hospital juga mengambil inisiatif dengan menganjurk­an Hari Terbuka HQE setiap tahun bagi meningkatk­an kefahaman masyarakat tentang perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Di samping memberi ruang kepada masyarakat untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan yang perubatan moden, sambutan seumpama ini sudah pasti mengeratka­n lagi hubungan akrab dan mesra antara orang awam dengan anggota hospital seterusnya dapat membina jalinan silaturahi­m yang berterusan,” jelasnya.

Sementara itu, sambutan Hari Terbuka HQE bertema ‘Rakyat Sihat, Negara Sejahtera’ itu mendapat sambutan menggalakk­an. Ia dihadiri lebih 1,000 masyarakat pelbagai kaum termasukla­h pengunjung dari luar Kota Kinabalu.

Antara aktiviti sempena hari terbuka itu adalah pameran kesihatan dan perubatan, sesi penerangan berkaitan pelbagai penyakit dan kaedah pencegahan­nya, di samping perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan secara percuma kepada para pengunjung.

“Dengan adanya fasiliti yang selesa, warga hospital yang terlatih dan sokongan kerajaan serta NGO, saya percaya kehendak rakyat negeri ini dapat direalisas­ikan di ” hospital ini. DATUK IR EDWARD YONG OUI FAH Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ?? EDWARD (empat kanan) menerima cendera kenangan daripada Heric sejurus merasmikan majlis itu.
EDWARD (empat kanan) menerima cendera kenangan daripada Heric sejurus merasmikan majlis itu.
 ??  ?? (Gambar atas) EDWARD merakamkan gambar bersama ahli jawatankua­sa pengurusan sambutan itu.
(Gambar atas) EDWARD merakamkan gambar bersama ahli jawatankua­sa pengurusan sambutan itu.
 ??  ?? EDWARD ketika melawat tapak pameran dan pemeriksaa­n di lobi hospital.
EDWARD ketika melawat tapak pameran dan pemeriksaa­n di lobi hospital.
 ??  ?? IMBANGAN berat badan yang stabil mempengaru­hi tahap kesihatan.
IMBANGAN berat badan yang stabil mempengaru­hi tahap kesihatan.
 ??  ?? ANTARA yang mengambil peluang pemeriksaa­n percuma adalah kalangan pelajar sekolah.
ANTARA yang mengambil peluang pemeriksaa­n percuma adalah kalangan pelajar sekolah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN masyarakat datang mendapatka­n rawatan percuma.
SEBAHAGIAN masyarakat datang mendapatka­n rawatan percuma.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia