Utusan Borneo (Sabah)

Dari gelanggang silat ke perniagaan produk kecantikan

Emy usahakan produk Elsecret Serum sejak Mei 2017

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

EMY Latip, 33, pernah menggegark­an cabaran gelanggang silat olahraga negara dengan beberapa siri kejuaraann­ya pada kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Menceburka­n diri kerana minatnya pada seni mempertaha­nkan diri sejak di bangku sekolah rendah lagi, Emy sehingga sekarang masih berpegang pada prinsip pertarunga­nnya ‘Pantang beralah sebelum berjuang habis-habisan’ dalam perniagaan­nya.

Dididik dengan disiplin kejurulati­han yang tinggi dan dorongan keluarga tanpa henti, Emy pernah mengharumk­an nama negara di lima cabaran Sukan Sea iaitu di Vietnam tahun 2002 pingat perak, Filipina 2005 (perak), Thailand 2007, Vietnam 2008 (emas) dan Indonesia 2011 (gangsa).

Tidak hanya muncul pada cabaran Sukan Sea, Emy turut mencipta nama dalam pertarunga­n yang lebih mencabar apabila dia menggondol kejuaraan di Kejohanan Silat Terbuka Belgium dengan kalungan medal emas, Terbuka United Kingdom (emas) Terbuka Swiszeland (emas) dan terbuka Perancis (emas).

Rentetan kejayaan itu telah menobatkan­nya untuk menerima Anugerah Selendang Srikandi Tun Fatimah, satu anugerah berprestij dalam persilatan pada Majlis Santapan Diraja dan Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara pada Mei 2017.

Menurutnya, kejayaanny­a menjulang Jalur Gemilang di beberapa kejohanan sejak kecil baginya umpama siri yang berulang.

Sehinggala­h pada satu ketika, dia mengambil keputusan untuk berundur, dan hanya memenuhi jemputan menjadi jurulatih sahaja.

Bukan ukuran kemampuan yang menjadi penghalang­nya tapi menurutnya dia berundur untuk memenuhi satu lagi impian hidupnya yang perlu dicapai demi masa depannya.

“Kejayaan menggondol pingat di kejohanank­ejohanan antarabang­sa bersama pasukan kebangsaan sememangny­a sering membuat saya tersenyum puas dan detikdetik perjuangan untuk muncul juara tidak pernah dan tidak mungkin saya lupakan.

“Tapi saya masih mempunyai impian diri untuk dicapai...yang boleh buat saya berpuas hati dengannya.

“Saya mahukan hidup ini dipenuhi dengan rasa gembira, dengan penuh kasih sayang...sebagai seorang anak pula, saya mahu berjasa kepada orang tua dengan berdamping dengan mereka dan buat mereka bahagia,” katanya.

Beliau mengambil keputusan untuk fokus pada perniagaan pada Mei 2017 dengan mengusahak­an produk kecantikan Elsecret Serum.

Menurut Emy, produk jualannya semakin mendapat sambutan dan jaringan jualannya sudah melebarkan sayap ke pasaran luar negara iaitu ke Indonesia, Singapura dan Brunei.

Katanya, sejak mengusahak­annya nilai jualan produk pernah mencecah jumlah yang tidak terduga olehnya iaitu kirakira 5,000 unit.

Meskipun semakin membuahkan hasil, Emy tidak lekang diduga cabaran demi cabaran namun itu tidak melemahkan semangatny­a.

Dia bersedia untuk menghadapi cabaran dengan tidak akan berhenti menuntut ilmu, berkongsi ilmu dan mempraktik­kan strategi pemasaran khususnya atas talian. Dia terus cekal dan positif apatah lagi turut menerima sokongan dan dorongan daripada keluarga.

Cabaran pemasaran katanya perlu dihadapi untuk maju dan dia berterima kasih dengan khidmat nasihat pemasaran dan juga nasihat daripada kawan-kawan.

Beliau bersyukur kerana berpeluang menceburka­n diri dalam perniagaan yang digemariny­a kerana dia percaya dengan mempraktik­kan minatnya dalam kecantikan akan mendorongn­ya untuk melakukan yang terbaik.

“Jaringan pemasaran yang ada kini juga hasil daripada aktiviti saya aktif menyertai kejohanan silat dan syukur semua rakan-rakan dan kenalan membantu saya memajukan perniagaan ini,” katanya yang memilih Lahad Datu sebagai tapak permulaan perniagaan­nya.

Beliau menyimpan hasrat untuk membuka lebih banyak premis dengan tambahan premis dan ejen jualan di serata negara.

“Saya juga mahu membuka peluang perniagaan kepada atlet-atlet dengan memperkena­lkan produkprod­uk kesihatan agar manfaat peluang yang diberikan dapat dikongsi bersama,” katanya.

Diakhir temuramah bersama Emy, penulis dimaklumka­n bahawa Emy memilih daerah kelahirann­ya sebagai permulaan perniagaan­nya bukan kerana faktor takut cabaran luar sebaliknya dia merindui suasana rumah kediamanny­a semasa kecil.

“Sebenarnya sebelum rumah saya dirobohkan untuk pembinaan pusat beli belah ini, di lot premis inilah saya dilahirkan dan dibesarkan...di sinilah kami sekeluarga menjalani kehidupan serba sederhana,” katanya.

Jaringan pemasaran yang ada kini juga hasil daripada aktiviti saya aktif menyertai kejohanan silat dan syukur semua rakan-rakan dan kenalan membantu saya memajukan perniagaan ini.

EMY LATIP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA aksi Emy yang kelihatan memberikan fokus pada perlawanan di gelanggang.
ANTARA aksi Emy yang kelihatan memberikan fokus pada perlawanan di gelanggang.
 ??  ?? EMY (tengah) bersama dua pembantu menunjukka­n produk kecantikan­nya.
EMY (tengah) bersama dua pembantu menunjukka­n produk kecantikan­nya.
 ??  ?? EMY menunjukka­n sebahagian medal yang dimenangin­ya.
EMY menunjukka­n sebahagian medal yang dimenangin­ya.
 ??  ?? EMY bertarung dengan lawan.
EMY bertarung dengan lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia