Utusan Borneo (Sabah)

Maxis lancar NeXT X1 bersama pelan yang sedia digunakan pada RM98 sebulan

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

PETALING JAYA : Berikutan pelancaran NeXT M1 pada awal tahun ini, Maxis memperkena­lkan model baharu bagi jenama NeXT, iaitu Next X1.

Telefon pintar 4G yang yang terbaik ini menawarkan pengalaman pemilikan yang tiada bandingan, dengan jaminan 24 bulan bersama penggantia­n segera, serta perlindung­an skrin 12 bulan. NeXT X1 juga ditawarkan dengan pelan mudah alih pada hanya RM98 sebulan.

Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma, berkata, memiliki telefon pintar kini sudah menjadi keperluan yang amat penting bagi rakyat Malaysia.

“Walau bagaimanap­un, harga telefon kini semakin lebih mahal, terutamany­a untuk memiliki dan mengekalka­n telefon pintar yang mewah. Kita sentiasa berasa bimbang ada kemungkina­n kerosakan boleh berlaku dan ini boleh menyebabka­n kos pembaikan yang tinggi,”

“Dengan NeXT X1, Maxis akan menghapusk­an semua kebimbanga­n ini. Kami tidak hanya menawarkan data dan panggilan, kami memberi pelanggan ketenangan fikiran dengan pengalaman pemilikan yang hebat pada nilai yang amat baik. Lebih baik lagi, telefon pintar ini dibawakan oleh rangkaian No. 1 4G Maxis,”katanya pada majlis pelancaran NeXT X1 di Petaling Jaya pada minggu lalu.

Pada masa sama, personalit­i tempatan, Scha Alyahya, telah diperkenal­kan sebagai duta jenama NeXT. Scha akan membintang­i semua iklan cetak dan TV NeXT X1, termasuk ‘treler filem’ khas untuk telefon.

NeXT X1 boleh didapati menerusi Maxis Online Store (https://store.maxis.com.my), serta semua Pusat Maxis Rakan Eksklusif Maxis (MEP) di seluruh negara mulai hari ini.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai tawaran telefon NeXT X1 dan menonton treler filem, sila layari www.maxis.com. my/next

 ??  ?? SCHA akan membintang­i semua iklan cetak dan TV NeXT X1, termasuk ‘treler filem’ khas untuk telefon NeXT X1.
SCHA akan membintang­i semua iklan cetak dan TV NeXT X1, termasuk ‘treler filem’ khas untuk telefon NeXT X1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia