Utusan Borneo (Sabah)

Rogol adik kandung: Mekanik kena 13 tahun, lapan sebatan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing diperintah­kan membela dirinya pada 16 November, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol gadis bawah umur.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Andrianus Simo Latu, 20, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun, pada 10 Disember tahun lalu jam 11 pagi di sebuah rumah kongsi kilang, Inanam, di sini.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 20 tahun dengan sebat.

Andrianus yang tidak diwakili peguam mula didakwa pada 24 Februari, namun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim.

Dalam kes berasingan, mahkamah akan menyampaik­an keputusann­ya pada 27 November, terhadap seorang lelaki yang didakwa merogol anak tirinya.

Azreena membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 62 tahun, selepas kes berkenaan ditutup di peringkat akhir pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol mangsa yang berusia lapan tahun pada waktu kejadian, pada 16 Ogos tahun lalu jam 10 malam di sebuah bilik kuarters, Penampang.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) kanun sama, penjara selama tempoh 30 tahun dan tidak kurang daripada sepuluh sebat.

Kini tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes berkenaan selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia