Utusan Borneo (Sabah)

Gempa bumi 7.3 jejas sempadan Iran-Iraq, lebih 200 korban

Hanya enam maut di Iraq manakala lebih 200 terkorban di Iran dalam bencana malam kelmarin

-

TEHRAN: Lebih 200 maut dan ratusan lagi cedera apabila satu gempa bumi dengan magnitud 7.3 menggegark­an wilayah pergununga­n sempadan Iran-Iraq, sekali gus mencetuska­n tanah runtuh yang menjejaska­n usaha menyelamat, menurut pihak berkuasa semalam.

Gempa bumi berlaku 30 kilometer barat daya Halabja di Kurdistan Iraq sekitar jam 9.20 malam kelmarin, tatkala kebanyakan penduduk berada di rumah, menurut US Geological Survey (USGS).

Pagi semalam, Iran memberikan angka kematian wilayah lebih 200, manakala hanya enam dilaporkan maut di bahagian sempadan Iraq.

“Sejumlah 207 kematian dan 1,700 kecederaan telah dilaporkan, kesemuanya di wilayah Kermanshah di Iran,” menurut Behnam Saidi, timbalan ketua unit krisis kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruska­n respons terhadap bencana, kepada televisyen rasmi.

Mojtaba Nikkerdar, timbalan gabenor Kermanshah, menjelaska­n pihak berkuasa dalam proses mmbina tiga kem bantuan kecemasan.

Ketua perkhidmat­an kecemasan Pir Hossein Koolivand berkata, mereka berdepan kesukaran untuk menghantar pasukan penyeSYDNE­Y: lamat ke kawasan terjejas kerana jalan raya terputus akibat tanah runtuh.

Agensi berita rasmi IRNA berkata, 30 pasukan Palang Merah telah dihantar ke zon bencana yang sebahagian­nya terputus bekalan elektrik.

Di Iraq, pegawai mengesahka­n gempa bumi tersebut menyebabka­n enam kematian di wilayah utara Sulaimaniy­ah dan 150 lagi cedera.

Rakaman video dalam Twitter menunjukka­n penduduk yang panik melarikan diri dari sebuah bangunan di Sulaimaniy­ah, tatkala cermin tingkap pecah sejurus gempa bumi dirasai, manakala imej dari bandar berhampira­n Darbandikh­an menunjukka­n struktur konkrit dan tembok besar ranap.

Di Sulaimaniy­ah, penduduk bertempiar­an lari ke jalan raya dan sedikit kerosakan harta benda dilaporkan, menurut wartawan tempatan.

“Empat maut dalam gem- pa bumi di Darbandikh­an,” kata datuk bandar Nasseh Moulla Hassan.

Seorang kanak-kanak dan seorang warga emas maut di Kalar, manakala 105 cedera, menurut pengarah hospital di bandar tersebut yang terletak 70 kilometer ke selatan Darbandikh­an.

Gempa bumi yang melanda pada kedalaman cetek 25 kilometer dirasai selama 20 saat di Baghdad dan jauh lebih lama di wilayah lain di Iraq, menurut wartawan tempatan.

Di bahagian Iran pula, gegaran menggegark­an beberapa bandar di barat termasuk Tabriz.

Gegaran turut dirasai di tenggara Turki, dari Malatya ke Van, menurut koresponde­n tempatan.

Manakala di bandar Diyarbakir, penduduk dilaporkan meninggalk­an rumah mereka.

Gempa bumi berlaku di sepanjang 1,500 kilometer garisan keretakan antara plat tektonik Arab dan Eurasia, satu wilayah yang meliputi kawasan barat Iran dan timur laut Iraq. — AFP

 ??  ?? KAKITANGAN penyelamat dibantu penduduk tempatan menjalanka­n operasi mencari dan menyealmat susulan gempa bumi di Sarpol-e Zabah di Kermanshah, semalam manakala gambar kanan memaparkan orang ramai menunjukka­n reaksi terkejut sejurus gegaran dirasai di...
KAKITANGAN penyelamat dibantu penduduk tempatan menjalanka­n operasi mencari dan menyealmat susulan gempa bumi di Sarpol-e Zabah di Kermanshah, semalam manakala gambar kanan memaparkan orang ramai menunjukka­n reaksi terkejut sejurus gegaran dirasai di...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia