Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Umno Silam salur dana insentif kecemerlan­gan pelajar

-

KUNAK: Wanita Umno Bahagian Silam menyalurka­n dana bagi menambah dana Pejabat Pendidikan Daerah Kunak untuk insentif kecemerlan­gan kepada 61 pelajar cemerlang Peperiksaa­n Tingkatan Tiga (PT3) 2016 di sekitar Kunak.

Ketuanya Mizma Appehdulla­h berkata dana sebanyak RM5,000 daripada tabung pendidikan pergerakan itu disalurkan bertujuan memberi motivasi kepada pelajar yang berusaha mencapai kecemerlan­gan dalam akademik.

“Usaha mereka ini harus dihargai dan mereka ini boleh dijadikan pendorong kepada pelajar lain untuk mencapai kecemerlan­gan di masa hadapan.

“Saya turut berharap bilangan pelajar cemerlang ini akan terus bertambah lagi,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n insentif kecemerlan­gan di sini, Isnin.

Pada majlis itu, 11 pelajar yang memperoleh 11A, 16 pelajar (10A), 14 pelajar (9A) dan 20 pelajar (8A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak, SMK Kunak Jaya dan SMK Madai menerima insentif RM200 setiap seorang.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia