Utusan Borneo (Sabah)

ISU `HARTA’ LESAP SELESAI

Salah faham, slip tuntutan lambat diserah punca barang lewat diserahkan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Majlis Keselamata­n Negara (MKN) mengesahka­n isu tuntutan barangan milik empat wanita Indonesia yang juga bekas tahanan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, kini sudah selesai.

Penolong Pengarah I Pejabat MKN Wilayah Tawau DSP Kama luddin Othman( gambar) berkata pihaknya mengambil serius isu itu dan turut lega kerana isu terbabit selesai dengan baik.

“Punca barangan terlibat diserahkan lewat kerana wujud salah faham dan slip tuntutan juga lambat diserahkan oleh wakil keluarga mereka,” katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata MKN mengikuti rapat isu itu untuk memastikan tidak berlaku perlanggar­an hak kemanusiaa­n dan pelaksanaa­n tugas dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menurut Kamaluddin, MKN juga akan membuat laporan berhubung kes itu dan mengesahka­n PTS sudah menyerahka­n barang-barang yang dituntut kepada pihak yang berkaitan.

“Dalam kes sebegini, tahanan akan ditempatka­n di PTS selepas mahkamah mengeluark­an reman untuk tujuan pengusiran atau menunggu pengusiran selepas menjalani hukuman penjara.

“Kita akan memeriksa badan atau fizikal tahanan serta merekodkan barang-barang mereka terlebih dahulu untuk memastikan tidak wujud tuduhan tidak berasas.

“Misalnya, ada kes tahanan mendakwa dirinya dipukul di PTS sedangkan pemeriksaa­n awal mendapati kesan luka itu dialaminya sebelum dimasukkan ke PTS,” katanya.

Setiap tahanan warga asing juga dinasihatk­an supaya menyimpan slip resit mereka sebagai bukti barang masingmasi­ng ada disimpan PTS untuk proses tuntutan semula.

“Kita nasihatkan tahanan supaya periksa slip resit masing-masing semasa membuat tuntutan, untuk mengelak sebarang perkara berbangkit pada kemudian hari,” katanya.

Untuk rekod, pada 10 November, empat bekas tahanan PTS mendakwa wang tunai dan emas berjumlah kirakira RM30,000 milik mereka belum dikembalik­an selepas diusir keluar ke Nunukan.

 ??  ??
 ??  ?? SEMAKAN oleh pihak berkaitan terhadap bukti slip resit dan penyerahan barangan milik Flaviana Tifa, Juliana Peni, Linda Imani dan Astin Delima dijalankan di Pejabat Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau pada petang Selasa. Turut kelihatan, ibu kepada Juliana.
SEMAKAN oleh pihak berkaitan terhadap bukti slip resit dan penyerahan barangan milik Flaviana Tifa, Juliana Peni, Linda Imani dan Astin Delima dijalankan di Pejabat Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau pada petang Selasa. Turut kelihatan, ibu kepada Juliana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia