Utusan Borneo (Sabah)

Waris mangsa diminta hadir buat pengecaman

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis meminta ahli keluarga mangsa ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Jalan Pantai agar hadir membuat pengecaman di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) bagi membolehka­n proses bedah siasat dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata sehingga kini waris mangsa belum hadir ke hospital membuat pengecaman, menyebabka­n pihak hospital tidak dapat melaksanak­an proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematianny­a.

“Pihak polis hanya mengenal pasti mangsa sebagai orang tempatan berasal dari Semenanjun­g, bagaimanap­un tiada dokumen pengenalan diri pada mangsa dan dipercayai kad pengenalan­nya dipegang ahli keluarga,” katanya.

Kira-kira jam 7 pagi Selasa, polis mendapat maklumat berkenaan mangsa berumur lingkungan 20-an ditemukan meninggal dunia ketika melahirkan anak di sebuah bilik hotel di sini.

Chandra berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa sudah dalam bilik hotel terbabit sejak pagi Isnin sebelum pekerja hotel menyedari kejadian pagi berikutnya.

“Tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa dan punca kematian dipercayai disebabkan kehilangan banyak darah semasa melahirkan anak,” katanya.

Menurutnya bayi lelaki mangsa yang selamat dilahirkan kini dirawat di Hospital Wanita dan KanakKanak (HWKK) Likas.

Chandra juga meminta orang ramai atau mana-mana waris keluarga yang mengenali mangsa agar berhubung dengan mana-mana balai polis berhampira­n atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mustapha Rambli di talian 019-8145090.

Dalam perkembang­an lain, polis menahan seorang lelaki selepas didapati cuba membunuh diri dengan mengelar pergelanga­n tangannya menggunaka­n pisau cukur di kawasan pantai Tanjung Aru pada Selasa.

Beliau berkata perbuatan suspek lelaki warga tempatan berumur 29 tahun terbabit disedari pekerja landskap kira-kira jam 8 pagi apabila mendapati banyak tin minuman berhampira­n kereta jenis Honda City suspek.

Katanya sebaik menghampir­i kereta berkenaan suspek dilihat berlumuran darah sebelum pekerja landskap menghubung­i Balai Polis Tanjung Aru.

“Suspek kemudianny­a diberi bantuan kecemasan awal untuk menutup serta menghentik­an pendarahan pergelanga­n tangan yang dikelar sepanjang lima hingga enam sentimeter.

“Suspek kini sedang dirawat di HQE dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri,” katanya.

 ??  ?? MANGSA ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam bilik hotel di Jalan Pantai pagi Selasa.
MANGSA ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam bilik hotel di Jalan Pantai pagi Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia