Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen tolak jenayah rasuah

Warga Jabatan Pertanian Sabah tandatanga­ni IBR

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Pertanian Sabah merupakan komitmen dan sokongan padu warga jabatan terhadap dasardasar kerajaan melalui Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menolak jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewen­gan dalam pentadbira­n awam.

Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Idrus Shafie berkata, ia adalah satu petanda bahawa warga jabatan berkemahua­n untuk menyediaka­n satu sistem tadbir urus dan penyampaia­n yang unggul, berintegir­iti, cekap dan berkesan sebagai anggota perkhidmat­an awam negeri Sabah. “Sebenarnya, komitmen dan inisiatif memperkuku­hkan integriti ini telah bermula sejak tahun 1980an lagi dengan penerapan sistem 2L (Latihan dan Lawatan).

“Lanjutan daripada itu, pelbagai inisatif penambahba­ikan kualiti kerja, proses kerja dan penerapan nilai-nilai murni dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis IBR Jabatan Pertanian Sabah di Dewan Serbaguna Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (KPIM), Wisma Pertanian, di sini pada Rabu. Majlis itu telah disaksikan Penolong Pesurujaya SPRM Sabah Aini Awang Muda.

Idrus berkata, pada 7 Disember 2006, jabatan itu telah menerbitka­n Buku Kod Etika dan Kod Tatakelaku­an dalam usaha meningkatk­an jati diri serta penerapan nilai-nilai berintegri­ti dalam kalangan warga jabatan berkenaan.

“Pada tahun 2012, komitmen terhadap integriti diperkukuh­kan lagi dengan penyiapan dokumen pelan integriti jabatan,” katanya.

Beliau juga berkata jabatan itu sentiasa melaksanak­an inisiatif meningkatk­an jati diri dan itizam untuk mengelak dan mencegah kemungkina­n gejala rasuah.

Katanya, antara pencapaian manifestas­i budaya berintegri­ti diamalkan ialah semua kakitangan telah melafazkan dan menandatan­gangi Aku Janji.

Hampir 100 peratus kakitangan telah mengisytih­arkan harta manakala sebilangan yang belum sedang dalam proses pembaharua­n setiap lima tahun, dan berjaya memperoleh­i penarafan Indeks Akauntibil­iti empat bintang pada 2013 serta lima bintang pada 2016.

Majlis IKB itu disusuli merai kejayaan jabatan itu mendapat pengiktira­fan Indeks Akauntabil­iti 5 bintang 2016.

IDRUS (tengah, barisan hadapan) mengetuai warga Jabatan Pertanian Sabah melafazkan IBR, diperhatik­an Aini (depan).

“Sebenarnya, komitmen dan inisiatif memperkuku­hkan integriti ini telah bermula sejak tahun 1980an lagi dengan penerapan sistem 2L (Latihan dan Lawatan).

DATUK IDRUS SHAFIE Pengarah Jabatan Pertanian

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia