Utusan Borneo (Sabah)

Agong perkenan pelantikan enam anggota EAIC

-

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkena­nkan pelantikan enam anggota Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Nov lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pada Selasa berhubung pelantikan anggota suruhanjay­a itu, berkata Yang di-Pertuan Agong juga memperkena­nkan pelantikan Datuk A. Aziz A. Rahim sebagai Pengerusi EAIC.

“Pelantikan ini adalah berdasarka­n kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam perkhidmat­an awam dan perundanga­n negara,” katanya.

Antara jawatan penting yang pernah dipegang A. Aziz ialah Pakar Penasihat Jabatan Peguam Negara (20162017), Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia (20122016), Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2009-2012) dan Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak (2004-2009).

Najib berkata Yang di-Pertuan Agong turut memperkena­nkan pelantikan semula tiga anggota EAIC iaitu Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, Lee Sow Siong dan Leong May Chan serta dua pesuruhjay­a baharu iaitu Datuk Sabariah Hassan dan James Deva Nayagam Gnanaratna­m.

Beliau berkata pelantikan enam anggota EAIC itu adalah mengikut Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan 2009.

Bagi pihak kerajaan, Perdana Menteri turut merakamkan setinggiti­nggi penghargaa­n kepada bekas Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam serta bekas pesuruhjay­a iaitu Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan, Datuk Seri Robert Jacob Ridu dan Vinayak Prabhakar Prabhakar yang melengkapk­an perkhidmat­an mereka di EAIC pada 14 Okt lalu.

“Barisan mantan anggotaang­gota suruhanjay­a ini telah berjaya meningkatk­an kredibilit­i dan keberkesan­an EAIC di mata rakyat. EAIC kini sudah mula mendapat kepercayaa­n dan keyakinan yang kukuh daripada pelbagai pihak melalui siasatan suruhanjay­a yang telus dan berkredibe­l,” kata Najib.

“Diharapkan kerjasama yang berterusan akan terus diberikan oleh agensi-agensi penguatkua­saan, badanbadan bukan kerajaan khususnya orang ramai dalam membantu suruhanjay­a ini melaksanak­an fungsinya dengan efektif dan efisien,” katanya lagi.

Najib dalam pada itu berharap pelantikan anggota suruhanjay­a tersebut akan dapat memperkuku­hkan lagi hala tuju EAIC dalam menambah baik sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang cekap, telus dan adil sekali gus memartabat­kan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkua­saan di negara ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia