Utusan Borneo (Sabah)

Juhar dikurnia Bintang Semangat Padi PPM

-

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin dikurniaka­n Bintang Semangat Padi, iaitu anugerah tertinggi Persekutua­n Pengakap Malaysia (PPM).

Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh berkata majlis ringkas penganuger­ahan berlangsun­g pada kunjungan persatuan itu di Istana Negeri, pagi Rabu.

“Penganuger­ahan ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) PPM yang menggarisk­an Penaung Pengakap ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Kemudian, di bawah naungan Seri Paduka adalah penaung setiap negeri iaitu semua sultan dan yang dipertua negeri.

“Ia merupakan tujuan utama kami berkunjung ke Sabah untuk melafaz dan memberikan pemasyhura­n kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri sebagai penaung PPM di negeri ini,” jelasnya kepada media sebaik selesai mengadakan kunjungan hormat terhadap Juhar.

Dalam pada itu, Shafie mengalu-alukan penyertaan daripada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli pengakap khususnya kepada anak-anak muda.

Katanya, Transforma­si Nasional 2050 (TN50) melalui pengakap merupakan satu wadah terbaik dalam mengukuhka­n permuafaka­tan dan menyatukan anak-anak bangsa.

Hadir sama, Pesuruhjay­a Antarabang­sa PPM Dr Mohamed Mukhyuddin Sarwani, Pesuruhjay­a Latihan Negara Ishak Mohd Jonid, Penolong Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara Nasaruddin Shamsuddin dan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara Datuk Dr Awang Zaini Suntim merangkap Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sabah.

 ??  ?? SHAFIE (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil penganuger­ahan Bintang Semangat Padi kepada Juhar.
SHAFIE (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil penganuger­ahan Bintang Semangat Padi kepada Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia