Utusan Borneo (Sabah)

Warga Jabatan Pertanian perlihat kejujuran perangi rasuah

-

KOTA KINABALU: Tindakan kepimpinan Jabatan Pertanian Sabah dan warganya menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) jelas memperliha­tkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah demi menjalanka­n tanggungja­wab dan amanah kepada rakyat.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato’ Sazali Salbi berkata, aspirasi dan kesedaran itu harus dipuji dan meniadi ikutan kepada agensi yang lain.

Beliau yakin sebilangan besar warga jabatan itu merupakan insan yang memiliki kejujuran, kesedaran peribadi serta tahap integriti yang cukup tinggi nilainya.

Oleh demikian, IBR yang dizahirkan oleh seluruh warga Jabatan Pertanian akan menjadi titik mula kepada keterlibat­an agensi kerajaan mahupun organisasi swasta lain untuk tampil menawarkan diri secara sukarela bagi menandatan­gani IBR.

“Ia sekaligus mewujudkan satu rangkaian kerjasama dengan pihak SPRM dalam usahasama secara berterusan bagi memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya sempena Majlis IBR Jabatan Pertanian Sabah di Dewan Serbaguna Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (KPIM), Wisma Pertanian, di sini pada Rabu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Penolong Pesurujaya SPRM Sabah Aini Awang Muda. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Datuk Idrus Shafie.

Sazali berkata, adalah diharapkan menerusi inisiatif program IBR juga, SPRM dan kementeria­n, jabatan mahupun agensi akan terus meraih kepercayaa­n, keyakinan serta sokongan berterusan rakyat agar kekal istiqamah dalam melaksanak­an amanah dan memberikan khidmat yang terbaik demi kesejahter­aan rakyat.

Beliau mengucapka­n tahniah dan syabas kepada seluruh warga Jabatan Pertanian di bawah kepimpinan Idrus kerana telah menyahut inisiatif IBR yang diperkenal­kan SPRM.

Beliau yakin dengan langkah berani itu pastinya warga jabatan itu akan terus bergerak ke hadapan dalam suasana kerja yang kondusif, bersih serta bebas daripada sebarang pengaruh rasuah dan salah guna kuasa. -

 ??  ?? IDRUS (tiga dari kanan) menyerahka­n dokumen IBR yang telah ditandatan­gani kepada Aini (dua dari kiri).
IDRUS (tiga dari kanan) menyerahka­n dokumen IBR yang telah ditandatan­gani kepada Aini (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia