Utusan Borneo (Sabah)

APM Sabah sedia hadapi bencana

Pelbagai latihan dijalankan berikutan keadaan cuaca tidak menentu

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah siap siaga menghadapi sebarang bencana berikutan cuaca yang tidak menentu di Sabah akhir-akhir ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) APM Roslan Wahab berkata di peringkat negeri giat menjalanka­n latihan dalaman berkenaan pengurusan bencana agar lebih teratur.

“Sebelum ini, APM negeri mengadakan latihan dalaman seperti pengendali­an bot, pengurusan­pusatpemin­dahan dan latihan menyelamat.

“Selain itu, latihan antara agensi juga telah dijalankan yang melibatkan jawatankua­sa pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah.

“Jadi, latihan ini adalah persiapan APM untuk menghadapi bencana seperti banjir berikutan cuaca yang tidak menentu di sini,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Pentauliah­an Pasukan Siswa APM Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Rabu.

Beliau berkata latihan yang dijalankan oleh APM itu membantu melancarka­n kerja sebelum, semasa dan selepas

“Walaupun kerja pada peringkat awal bencana tidak begitu lancar, tapi kita akan perbaiki setiap masa yang mana pada ketika ini apabila berlaku banjir, pusat pemindahan telah siap sedia untuk ” mangsa banjir ini

(tiga kanan) menyampaik­an Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Kampus Labuan UMS sambil diperhatik­an oleh Shahril (dua kanan). ROSLAN WAHAB

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) APM

berlakunya bencana yang tidak diingini.

“Walaupun kerja pada peringkat awal bencana tidak begitu lancar, tapi kita akan perbaiki setiap masa yang mana pada ketika ini apabila berlaku banjir, pusat pemindahan telah siap sedia untuk mangsa banjir ini.

“Apabila terdapat masyarakat yang terjejas banjir ini dipindahka­n, pusat pemindahan berkenaan sudah siap dengan meja pendaftara­n, pembahagia­n kawasan, makanan mahupun bantuan kesihatan,” jelasnya.

Sementara itu, Roslan berkata aset dari APM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dikumpulka­n di satu tempat sebagai pusat gerakan aset di kawasan titik panas berlakunya banjir.

“Di Kota Belud dan Pitas seumpamany­a, asetaset ini akan dikumpulka­n agar memudahkan pihak penyelamat mengaturny­a pergerakan menyelamat. Dengan cara ini, gerakan menyelamat dilihat lebih teratur,” katanya.

Menurutnya, pada masa akan datang, asetaset berkenaan akan ditambah seluruh negara termasuk Sabah.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an masyarakat agar lebih bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n bencana yang akan berlaku.

“Kita kena berwaspada dan sentiasa bersiap sedia mengenai laporan cuaca terkini. Pada musim hujan ini, masyarakat perlu bersedia terutamany­a menyelamat­kan dokumen-dokumen penting.

“Selain itu, kita mesti menjaga keselamata­n yang mana adalah lebih baik menyelamat­kan diri apabila menyedari berlakunya limpahan air akibat hujan dan bergerak ke pusatpusat pemindahan terdekat secepat mungkin,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusuf.

 ??  ?? ROSLAN
ROSLAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia